Oleh pada 18 Feb 2020 kategori

Tok aji serban atau nama lainnya pulut seri kaya merupakan sejenis hidangan yang terkenal di Terengganu. Tok aji serban berbeza dengan seri muka kerana terdapat tepung di lapisan atas seri muka. Sementara itu, terdapat hanya telur dan santan di lapisan atas tok aji serban.  

Selain nisan atau juga dipanggil sebagai gula melaka, anda boleh menggunakan mana-mana gula yang lebih kurang sama. Jika anda gemar hidangan manis, gula tersebut juga boleh ditambah. Namun, ia perlu dipotong mengikut kuantiti yang hampir sama seperti nisan.

Untuk mendapatkan hasil yang sedap, bahagian kepala santan perlulah lebih banyak daripada lapisan pulut.

Tok Aji Serban

Bahan-bahan:

Lapisan atas:

  • Telur (7 biji)
  • Santan (1 cawan)
  • Nisan (gula Melaka) (1 keping)
  • Garam (sedikit)
  • Daun pandan

Lapisan bawah:

  • Beras pulut (2 cawan)
  • Santan (1 cawan)
  • Daun pandan
  • Garam (sedikit)
  • Air (secukupnya) - untuk tanak
  • Air dan santan (lebih sedikit sahaja dari aras beras pulut)

Cara-cara penyediaan:

  1. Cairkan nisan dan kisarkan dengan telur dan santan. Tapis.
  2. Kukus beras pulut. Pemilik resepi tanak sahaja menggunakan rice cooker.
  3. Siap pulut, masukkan dalam loyang dan tekan sehingga padat. Tuang adunan yang telah dikisar tadi.
  4. Kukus selama 25-30 minit. Siap.

Nota: Anda boleh melayari media sosial pemilik resepi di Instagram dan Facebook

tok aji serban 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni. 

Kredit resepi: Aisyah Ghazali [1, 2]

Sumber informasi:

1. Rozita Alwi [1, 2. 3]

2. Noor Aida Kamaruddin [1, 2]

3. Suhaibah Ibrahim [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)