Oleh pada 02 Jul 2019 kategori

Chicken perattal atau nama lainnya iaitu kari ayam kering merupakan sebuah masakan India. Jika anda menambahkan lebih air dan santan dalam hidangan ini, ia akan bertukar menjadi kari ayam.

Kepingan ayam akan diperap dengan rempah sebelum dimasak. Anda juga boleh memilih sama ada untuk memasukkan ubi kentang atau tidak.

Hidangan ini paling sesuai jika dimakan bersama capati, roti paratha, nasi beriani atau nasi putih. Ia akan menjadi lebih enak jika dimakan ketika masih panas.

Chicken Perattal

Bahan-bahan:

  • Ayam (1/2 ekor)
  • Kentang (3 biji)
  • Bawang besar (2 biji) - dipotong bulat
  • Tomato (1 biji)
  • Rempah 4 sekawan
  • Campuran halba
  • Cili kering (3 tangkai)
  • Daun kari
  • Bawang putih dan halia - dikisar
  • Rempah garam masala (2 sudu besar)
  • Serbuk kari (4 sudu besar)
  • Santan (1/4 cawan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan tomato, cili kering dan daun kari.
  3. Selepas tomato masak, masukkan bawang besar, campuran halba dan bawang putih, dan halia yang dikisar tadi. Masak sehingga bawang bertukar warna.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Gaul sebati dengan api sederhana.
  5. Kemudian, masukkan rempah garam masala dan serbuk kari. Gaul sebati.
  6. Masukkan sedikit air, santan, gula dan garam secukup rasa.
  7. Apabila ayam dan kentang telah masak, siap untuk dihidang.

chicken perattal 1

chicken perattal 2

chicken perattal 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Kalaivani Krishnasamy [1, 2]

2. Love2cook Malaysia (love2cook-malaysia.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)