Oleh pada 17 Apr 2019 kategori

Rendang adalah sebuah hidangan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik.

Rendang sesuai disajikan sebagai lauk, dimana ia dinikmati dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu sahaja.

Kebanyakan bahagian daging lembu yang digunakan bagi menghasilkan rendang merupakan daging batang pinang.

Rasa dagingnya lembut dan enak. Rendang sangat popular dan dihidangkan sebagai sajian semasa hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha malah dihidang semasa kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan lain-lain.

Ia merupakan sajian daging pedas yang berasal dari Indonesia, terutama kelompok etnis orang Minangkabau, dan kini umumnya dihidangkan di seluruh negeri.

Antara hidangan khas budaya Minangkabau, dihidangkan di acara upacara dan bagi menghormati para tetamu.

Rendang juga dihidangkan di kalangan komuniti Melayu.

Rendang secara tradisional disediakan oleh komuniti Minangkabau semasa acara-acara meriah seperti upacara tradisional, majlis pernikahan dan Hari Raya Aidilfitri.

Rendang tok pula berasal dan popular di negeri Perak terutamanya ketika musim kenduri perkahwinan dan hari raya.

 

Rendang Tok Perak Deekitchen 

 

Bahan A (untuk diperap dengan daging): 

  • Daging (1kg) - dipotong kiub 3×3 inci
  • Cili kering (20 tangkai)*
  • Bawang besar (4 biji)*
  • Bawang putih (6 ulas)*
  • Halia (4 inci) *
  • Lengkuas (4 inci) *
  • Isi kunyit (1 ketul)*
  • Serai (4 batang)*
  • Jintan manis (2 sudu makan)*
  • Jintan putih (2 sudu makan)*
  • Ketumbar (2 sudu makan)*
  • Lada hitam (2 sudu makan)*
  • Buah keras (5 biji)*

 

Semua bahan berhuruf condong* dikisar halus. Bahan rempah ratus disangai sebentar dan dikisar. Satukan semua bahan dengan daging dan perap semalaman dalam peti ais. 

 

Bahan B:

  • Santan pekat (500ml) / dari kelapa (2 biji)
  • Kerisik (5 sudu makan)
  • Gula merah / gula melaka (5 sudu makan)
  • Air asam jawa (1 cawan) dari asam (2 sudu)
  • Garam dan gula (secukupnya)
  • Air (secukupnya)

 

Bahan C (penumis): 

  • Kulit kayu manis (2 keping)
  • Bunga lawang (4 kuntum)
  • Cengkih (8 kuntum)
  • Pelaga (8 biji)
  • Daun pandan (2 helai) - dipotong pendek-pendek
  • Minyak (1 senduk) - untuk menumis

 

Cara-caranya: 

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan C sehingga naik bau.

2. Masukkan bahan A iaitu daging yang telah diperap semalaman dan diikuti dengan semua bahan B.

3. Gaul rata dan masak dengan api sederhana sehingga daging empuk dan rendang sejat.

4. Kacau dengan kerap untuk mengelakkan bahagian bawah menjadi hangit.

5. Boleh tutup api mengikut tahap kelembapan rendang yang digemari.

Tips: Rendang tok boleh bertahan lama kalau dikeringkan sehingga bahan rencahnya menjadi serbuk.

rendang tok perak 1

 

Sumber:

1. Husreezal Rushdee Husin [12]

2. Wikipedia Rendang




Hakcipta iluminasi.com (2017)