Teresek jantung pisang merupakan sebuah menu yang enak dimakan dengan nasi panas atau diratah begitu sahaja. Sebagai cadangan, jantung pisang boleh dicelur dahulu.

Anda juga boleh mencampurkan kulat sisir dan batang lambuk. Selain itu, kerisik juga boleh diletakkan.

Teresek Jantung Pisang

teresek jantung pisang

Bahan-bahan:

  • Jantung pisang - dihiris (tidak nipis dan tidak tebal)
  • Air garam
  • Cili kering - dikisar
  • Bawang merah - dikisar
  • Bawang putih - dikisar
  • Kunyit hidup - dikisar
  • Halia - dikisar
  • Lengkuas - dikisar
  • Rempah kari ayam Adabi - pemilik resepi guna rempah cap Bunga Ros
  • Ayam - dicincang (boleh juga gunakan isi ayam, hati, pedal, leher dan kaki)
  • Asam keping
  • Santan
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Cara penyediaan:

  1. Rendam jantung pisang yang telah dihiris dalam air garam selama lebih kurang 10 minit. Kemudian, toskan.
  2. Tumis cili kering yang dikisar. Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan lengkuas yang dikisar.
  3. Masukkan rempah kari ayam. Apabila naik bau, masukkan ayam yang dicincang.
  4. Masukkan asam keping. Bia mendidih masukkan jantung pisang yang ditos tadi.
  5. Masukkan santan diikuti garam, gula dan perasa. Apabila kuah agak-agak pekat, boleh tutup api.

teresek jantung pisang 1

Kredit foto: Sarina Seman (Gambar ini bukan menggunakan resepi di atas)

teresek jantung pisang 2

Kredit foto: Nazeerah Zee (Gambar ini bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nurul Nadiah [1, 2]

Sumber informasi:

1. E-munk Gps [1, 2]

2. Ita Juwita [1, 2]

3. Hamiza Ibrahim [1, 2]

4. Lin Alin [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)