Pisang molen merupakan sebuah hidangan khas dari Bandung, Indonesia. Untuk rasa yang lebih sedap, ia boleh dicelup dengan coklat. 

Jika terlalu banyak untuk dimakan sekaligus, ia boleh disejuk bekukan dahulu. Boleh terus goreng apabila hendak dimakan.

Pisang Molen

pisang molen 2

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (250 gram)
  • Mentega (3 sudu makan) - cairkan
  • Telur (1 biji)
  • Gula (1 sudu makan)
  • Soda bikarbonat (½ sudu makan)
  • Garam (½ sudu makan)
  • Air sejuk (4 sudu makan)
  • Pisang emas (24 biji)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang.
  2. Setelah adunan menjadi doh dan tidak melekit, simpan selama lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian, barulah uli dan nipiskan seperti dalam gambar.
  4. Masukkan pisang dan goreng.  

pisang molen 1

pisang molen 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nur Sakinah [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)