Oleh pada 07 Apr 2019 kategori

Jemput-jemput pisang atau juga dipanggil sebagai cekodok pisang atau cucur pisang, merupakan campuran pisang dan gandum yang digoreng dalam minyak masak.

Pada kebiasaannya, ia digolongkan dalam jenis kuih jemput-jemput. Kali ini kami akan berkongsikan resepi jemput-jemput pisang yang rangup di luar dan lembut serta gebu seperti kek di dalam.

Malah, ia juga tidak menyerap minyak seperti cekodok pisang yang sering dibeli.

Jemput-Jemput Pisang (Cekodok Pisang)

Bahan-bahan:

  • Pisang besar (5 biji)* - pemilik resepi guna pisang bunga yang wangi
  • ➡ Jika pisang kecil-kecil, boleh gunakan sehingga 8-10 biji
  • Marjerin (2 sudu besar)*
  • Gula pasir (5 sudu besar)* - boleh kurangkan ikut citarasa
  • Soda bikarnonat (1 sudu kecil)* - tidak perlu terlalu membukit
  • Garam (1 sudu kecil)*
  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Semua bahan-bahan di atas dilenyek-lenyek sebati.

Nota:

✔ Marjerin tersebut diletakkan bertujuan untuk merangupkan tekstur luaran kulitnya apabila digoreng.

✔ Ia bertindak supaya minyak tidak diserap ke dalam isi dan pastinya akan ada kelainan rasa dalam jemput-jemput pisang tersebut.

✔ Wanginya istimewa, namun mempunyai rasa cekodok asli.

Cara penyediaan:

  • Setelah lenyek sebati, masukkan tepung gandum. Gaul sahaja supaya sebati dengan pisang yang dilenyek. Tidak perlu letak air, gaul sahaja pisang lenyek dan tepung tersebut sehingga betul-betul sebati.
  • Rehatkan seketika dalam 10-15 minit. Kemudian, boleh goreng seperti goreng cokodok biasa dengan api sedang-sedang perlahan. Jika menggunakan api kuat, pasti hangit dan tidak masak dalamnya.

jemput jemput pisang 1

Nota:

✔ Tidak perlu menggentel untuk jadikan ia bulat-bulat.

✔ Jemput-jemput sahaja menggunakan jari dan masukkan dalam kuali.

✔ Jika bancuhan elok, ia akan membulat dengan sendirinya mengikut skil dan cara anda men'jemput' semasa menggoreng.

Sumber:

  1. Cik Pooja [1 , 2]
  2. Wikipedia Jemput-Jemput Pisang



Hakcipta iluminasi.com (2017)