Oleh pada 10 Jun 2019 kategori

Biskut pisang lebam merupakan sebuah biskut yang kemas dan comel namun agak rumit untuk dibuat.

Sebaiknya, anda gunakan acuan untuk mengelakkan saiznya tidak sama apabila dibentuk menggunakan tangan sahaja.

Intinya lebih kurang seperti kuih makmur tetapi mempunyai bau wangi esen pisang.

Jika anda tertanya-tanya kenapa anda tidak pernah mendengar tentang kewujudan biskut ini, ia sebenarnya sebuah resepi rekaan oleh salah seorang pengguna Facebook terkenal bernama Raja Amanina.

Resepi ini menggunakan sukatan cawan.

 

Biskut Pisang Lebam 

 

 

 

Bahan A:

  • Mentega dan marjerin (1 cawan)
  • Gula halus (1/2 cawan)
  • Kuning telur (2 biji)
  • Minyak sapi (1 sudu makan)
  • Esen pisang (1 sudu kecil)

 

Kacau sebati menggunakan senduk sahaja. 

 

Bahan B: 

  • Tepung gandum (2 1/2 cawan)
  • Tepung jagung (1/2 cawan)
  • Serbuk penaik (1/2 sudu kecil)

 

Cara penyediaan:

1. Ayak semua bahan dan masukkan ke dalam bahan A .

2. Uli sehingga menjadi doh dan bulat bulatan.

3. Masukkan inti kacang.

4. Bentukkan doh rupa pisang .

5. Bakar suhu 170° selama 25 minit.

 

Inti: 

  • Kacang tanah (2 cawan) - disangai
  • Gula (4 sudu makan)

 

Cara penyediaan:

1. Kisar kacang dan gula sehingga halus.

2. Bulat-bulatkan inti.

 

Untuk salutan coklat:  

  • Coklat putih dengan pewarna kuning telur
  • Dark chocolate

 

Cara penyediaan:

1. Cairkan coklat secara double boiler.

2. Celup biskut satu-satu ke dalam coklat, coklat yang kuning sudah keras baru sapu yang dark chocolate .

biskut pisang lebam 1

biskut pisang lebam 2  

biskut pisang lebam 3

 

Sumber: Raja Amanina [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)