Oleh pada 10 Apr 2019 kategori

Kerepek merupakan sejenis makanan ringan yang dipotong nipis dan digoreng sehingga garing.

Ia dihasilkan daripada pelbagai bahan dan dinamakan menurut jenis bahan yang dipakai untuk membuat kerepek berkenaan.

Kerepek pisang ialah hidangan tradisional ASEAN yang diperbuat daripada pisang dan antara bahannya ialah serbuk kunyit, garam dan gula.

Antara contoh pisang yang dijadikan kerepek ialah pisang nipah dan lain-lain pisang yang sesuai.

Antara jenis kerepek lain yang terdapat di pasaran adalah kerepek binjai, kerepek ubi dan kerepek tempe.

 

Kerepek Pisang Tanduk

 

Bahan-bahan:

  • Pisang tanduk - boleh juga guna pisang lain
  • Bawang putih (1-2 sudu/anggaran 2-3 ulas) - dihiris nipis
  • Marjerin - lebih kurang secawan 250ml
  • Air garam - buat semangkuk, sekali goreng guna dalam sesudu sahaja 

 

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan masukkan marjerin. Tunggu sehingga marjerin betul-betul cair bersama minyak.

2. Boleh mula sagat pisang ke dalam minyak panas tadi. Sagat dalam sebatang atau 2 batang sehingga penuh sekuali.

Tips: Untuk sagat, pandai-pandai 'adjust'. Pemilik resepi gemar nipis-nipis kerana sangat rangup apabila dimakan.

3. Gaul sedikit kerepek tersebut dan curah air garam dalam sesudu.

4. Selepas itu, masukkan pula bawang putih.

Tips: Tidak perlu banyak, nanti hilang kemanisan pisang. Namun, bawang putih inilah rahsianya.

5. Balik-balikkan kerepek tersebut sehingga ianya sudah kekuningan dan kelihatan rangup.

6. Angkat dan toskan minyaknya. Siap.

 

Nota: Pemilik resepi makan kerepek pisang ini sekali dengan bawang putih tersebut. Masuk balang dan sedia untuk dimakan.

kerepek pisang tanduk 1

 

Tips:

✔ Selepas pisang tanduk siap dibuang kulitnya, sediakan minyak untuk bersihkan getah dari tangan.

✔ Menurut pemilik resepi, terdapat 2 jenis pisang tanduk iaitu pisang tanduk putih (apabila digoreng warnanya putih) dan pisang tanduk kuning (apabila digoreng warnanya kuning keemasan).

 

Sumber:

1. Norul Hanafiza Hasan [1, 2]

2. Wikipedia [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)