Oleh pada 18 Nov 2020 kategori

Gunakan pisang yang mengkal iaitu sudah masak tetapi bukan ranum. Jika menggunakan yang sudah ranum, ia akan lembik.

Pisang perlu direndam dahulu sebentar dengan air kapur supaya ia keras sedikit dan tidak mudah hancur apabila dimasak. Sebagai cadangan, ais juga boleh diletakkan dalam hidangan ini.

Sira Pisang 

Bahan-bahan:

  • Pisang - pemilik resepi menggunakan pisang nangka
  • Gula (secukup rasa)
  • Daun pandan
  • Pewarna kuning
  • Bunga cengkih (3 kuntum)

sira pisang 1

Cara-cara penyediaan bergambar:

sira pisang default 2

  1. Rendam dahulu pisang dengan air kapur sebentar.
  2. Masak air dengan semua bahan kecuali pisang. Setelah hancur gula, masukkan pisang.
  3. Masukkan pisang. Tunggu sehingga pisang empuk sedikit. Kuah juga biarkan pekat. Siap.

Nota: Setelah sejuk, simpan dalam peti ais. Ia lebih sedap dimakan ketika sejuk.

Resepi Bonus: Kerepek Pisang Sira

kerepek pisang sira 3

Bahan-bahan:

  • Pisang
  • Gula pasir

Cara-cara membuat:

  1. Parut pisang dalam dulang.
  2. Kemudian, taburkan gula pasir rata-rata. Jika mahu manis, lebihkan gula.
  3. Perapkan selama lebih kurang 10 minit supaya gula tersebut cair sedikit demi sedikit.
  4. Goreng sehingga bertukar warna coklat dan barulah angkat.

kerepek pisang sira 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Norizan Mohamad [12]

2. Ismail Busu [12]

Sumber informasi:

1. Junariah Ab Rahman [1, 2]

2. Rusidah Muda [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)