Oleh pada 25 Dec 2019 kategori

Resepi ini menggunakan boba yang telah siap dibeli di kedai bakeri dan direbus mengikut arahan. Untuk kopinya pula, anda boleh gunakan jenis premium yang disukai.

Selain susu segar, anda juga boleh gunakan susu penuh krim (full cream). Anda juga boleh buat teh tarik atau apa-apa perasa lain.

Teh Boba (BubbleTea Xin FuTang TigerSugar)

Bahan-bahan:

  • Boba atau tapioca pearl 
  • Susu segar
  • Kopi (1/2 atau 1 cawan)
  • Gula perang (brown sugar) - tahap kemanisan terpulang
  • Tepung jagung (1/2 atau 1 sudu)

Cara membuat:

  1. Rebus boba .
  2. Kacau tiga bahan utama iaitu gula perang yang berkualiti, tepung jagung dan kopi sehingga likat.
  3. Setelah likat, ambil gelas yang jernih dan masukkan air bancuhan yang likat tadi secara berselerak di tepi dinding gelas. Buat untuk setiap gelas yang ada.
  4. Setelah siap, letakkan ketul ais untuk berikan kesegaran.
  5. Basuh boba yang telah direbus tadi sehingga bersih menggunakan penapis.
  6. Letakkan boba mengikut kuantiti yang dimahukan. Juga boleh diletakkan sebelum letakkan ketul ais.
  7. Tuangkan susu segar sehingga penuh gelas.

teh boba 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Roseliza Mokhtar

2. SitiNorhafiza AbdulRazak [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)