Oleh pada 27 Nov 2019 kategori

Sebut sahaja teh boba (boba milk tea), anda pasti teringatkannya sebagai sebuah minuman. Kali ini, kami akan berkongsikan resepi hidangan yang sama tetapi dalam bentuk sebuah kek.

Untuk lebih sedap, gunakan kek chiffon kerana rasanya yang gebu dan ringan. Jika kek lain, rasanya akan menjadi muak pula. Namun, ia bergantung kepada citarasa masing-masing.

Kek Teh Boba (Boba Milk Tea Cake)

boba milk tea cake 2

Bahan A:

  • Air (40ml)
  • Susu pekat (1 sudu besar)
  • Uncang teh BOH (1)

Kacau bahan di atas sehingga sebati di atas api perlahan sahaja. Selepas larut, ketepikan.

Bahan B:

  • Kuning telur (3 biji)
  • Gula kastor (20g)
  • Minyak jagung (40ml)
  • Tepung kek (60g)

Cara penyediaan:

  1. Kacau kuning telur dan gula kastor menggunakan pemukul (whisk) sehingga sebati.
  2. Masukkan minyak jagung dan bahan A tadi. Kacau sehingga sebati. 
  3. Masukkan tepung kek dan kacau sebati.

Bahan C:

  • Putih telur (3 biji)
  • Gula kastor (40g)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan putih telur, gula kastor dan esen vanila. Pukul sehingga bertanduk.
  2. Satukan bahan B dan C. Kacau menggunakan spatula sahaja.
  3. Letakkan dalam loyang 8 inci dan bakar menggunakan suhu 160'c selama 35-40 minit. 

Untuk krim (cream) dan topping:

Bahan 1:

  • Air (1/2 cawan)
  • Susu pekat (2 sudu besar)
  • Uncang teh (1)
  • Gula (5 sudu besar)
  • Tepung kastad (1 sudu besar) - dilarutkan dalam air dahulu sedikit, baru diletakkan dalam adunan

Cara penyediaan:

  1. Panaskan bahan di atas menggunakan api perlahan sahaja.
  2. Kacau sehingga larut dan pekat. Apabila pekat sahaja, tutup api.

Bahan 2:

  • Boba pearl segera - boleh didapati di kedai bakeri atau secara online
  • Air gula melaka + gula perang (brown sugar) - dimasak sehingga pekat

Cara penyediaan:

  1. Rebuskan boba pearl segera dalam 30-40 minit supaya ia lembut.
  2. Masukkan boba yang telah masak tadi dalam air gula melaka yang sudah pekat. Kacau sehingga sebati.

Bahan 3:

  • Krim putar (whipping cream) - kuantiti secara agak-agak sahaja

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan 1 tadi.
  2. Adun (mix) sehingga separa kembang iaitu tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Selepas siap semua, tuangkan cream yang sudah siap di atas kek dan letakkan boba pearl. Siap.

Nota: Untuk berjimat, anda boleh buat air milk tea boba untuk dihidangkan bersama kek ini.

boba milk tea cake 1

boba milk tea cake 2 641

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nurbazlyn Husna [12]

Sumber informasi: Dora Dini [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)