Oleh pada 16 Aug 2018 kategori

Resepi ini boleh menghasilkan lebih kurang 60 biji tauhu bergedil. Modal lebih kurang RM20. 

Resepi bergedil

-Kentang 1 1/2kg di rebus sampai empuk dan ditumbuk

*Isi ayam atau daging cincang semangkuk (tumis)

*3 biji cili besar dadu (tumis)

*Sebiji kecil carrot dadu (tumis)

*Cendawan butang dadu 1/2 tin (tumis)

-Bawang goreng (bawang besar hiris gaul dengan tepung gandum dan digoreng sampai garing)

*kalau ingin mudah, beli sahaja bawang goreng yang sudah siap

-Daun bawang atau daun sup

-Lada sulah atau lada hitam

-Tepung gandum 2 sudu

-Garam

*gaulkan semua yang di atas.

**Tauhu kering 2 paket besar (RM4 setiap paket)

Cara nak sumbat:

1. Gunting empat di atas tauhu kering.

2. Keluarkan isi dalam tauhu tersebut.

3. Gaul dalam bergedil (isi tersebut).

4. Kemudian sumbat balik dalam tauhu.

5. Goreng tauhu yang sudah dicelup telur berserta sedikit garam dan tepung dalam minyak yang panas paras separuh tenggelam tauhu. Api sederhana.

p/s: jumlah telur digunakan ialah 6 biji.

Resepi sos

-4 sudu cili kering

-Secawan air

-Gula melaka seinchi yang bulat

-Sos tiram sesudu

-Kicap manis 5 sudu

-Garam

-Gula

-Tepung gandum campur air

p/s: Kalau tidak pedas, boleh tambah cili padi

-Tumis cili kering sampai pecah minyak.

-Masukkan semua bahan kecuali air tepung.

-Apabila sudah mendidih baru masukkan air tepung tersebut.

p/s: Bahan-bahan sos perlu ikut tekak masing-masing. Jika tidak suka manis-manis pedas, boleh ubah semasa merasainya.

Sumber: Noor Laila Yaakop




Hakcipta iluminasi.com (2017)