Oleh pada 17 Jun 2020 kategori

Tauhu yang digoreng biasa sudah cukup untuk menjadi sebuah hidangan yang membuka selera. Namun, ia menjadi lebih enak apabila diolah menjadi tauhu berlauk.

Menu ini tidak lengkap jika tidak dicicah dengan sambal kicap yang mempunyai rasa pedas-pedas manis. Bagi mendapatkan kelainan dari segi rasa, ayam boleh ditukar kepada daging.

Tauhu Berlauk Sambal Kicap

tauhu berlauk 1

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (2 ketul)*
  • Tauhu putih (4 ketul)*
  • Tofu telur atau tauhu telur (4 tiub)*
  • Telur (4 biji)*
  • Lobak (1 biji) - dicincang halus
  • Daun sup (4 batang) - dihiris halus
  • Daun bawang (4 batang) - dihiris halus
  • Bawang merah (3 biji) - dicincang halus
  • Cili api (2 biji) - dihiris halus
  • Serbuk lada putih (2 sudu kecil)
  • Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
  • Ajinomoto (1 sudu kecil) - pilihan
  • Pati ayam (1 kiub)

tauhu berlauk 3

Bahan-bahan sambal kicap:

  • Kicap lemak manis (1 cawan)
  • Sos tiram (1 sudu besar)
  • Cili api (8 biji)
  • Bawang putih (4 biji)

Bahan-bahan untuk dicelup dengan tauhu:

  • Telur (2 biji)
  • Garam (sedikit)

Nota: Semua bahan yang berhuruf condong* perlu dikisar.

Cara penyediaan bergambar:

tauhu berlauk 1 default

1. Pertama sekali, kisar semua bahan ini sehingga hancur. Pemilik resepi kisar sebanyak dua kali kerana tidak muat.

2. Apabila telah siap kisar, tuang adunan ke dalam mangkuk. Masukkan lobak, bawang merah, cili api, daun sup, daun bawang, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, Ajinomoto dan kiub pati ayam.

3. Kacau kesemua bahan ini sehingga sebati.

4. Lapik loyang 8" dengan plastik dan tuangkan semua adunan. Juga boleh letakkan dalam bekas kecil.

5. Kukus selama 25-30 minit.

6. Apabila telah masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong.

tauhu berlauk 2 default

7. Sementara tunggu tauhu sejuk, kisar cili api, bawang putih, sos tiram dan kicap lemak manis. Jika gemar pedas, boleh tambah cili api.

8. Biarpun pedas, sambal kicap ini tetap enak.

9. Apabila tauhu telah sejuk, potong kecil. 1 loyang tadi dapat menghasilkan sebanyak 36 biji.

10. Celup tauhu ke dalam telur dahulu sebelum digoreng.

11. Goreng tauhu dalam minyak yang panas.

12. Apabila telah kekuningan, boleh angkat.

tauhu berlauk 3 default

13. Toskan dahulu tauhu goreng sebelum diletakkan dalam pinggan.

14. Jika suka, boleh tabur dengan daun sup atau bawang goreng.

15. Kemudian, ia sedia untuk dicicah dengan sambal kicap.

16. Bintik-bintik merah di atas kicap merupakan cili api penyedap rasa apabila dicicah dengan tauhu.

Untuk cara penyediaan dalam bentuk video, boleh lihat di sini.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Ariana Sofia Ahmad [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)