Oleh pada 22 Jan 2019 kategori

Kuih tat nanas merupakan sejenis kuih tat yang diperbuat daripada tepung dan jem. Pada kelazimannya, tepung adunan yang dipakai ialah tawar disebabkan intinya manis.

Bagi kuih tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Segelintir masyarakat meletakkan tat nanas dalam kumpulan biskut (biskut raya) kerana penggunaan doh atau tepung pada kulitnya.

Kuih tat nanas ialah sejenis kuih yang terkenal di Brunei, Malaysia dan Singapura. Lazimnya, kuih tat nanas dihasilkan hanya semasa musim perayaan seperti hari raya dan kurang mendapat sambutan pada waktu biasa. 

Kuih tat nanas dibuat dengan menggunakan adunan tepung dan marjerin yang diadun untuk membentuk doh. Selepas doh adunan tersebut menjadi agak lembut, doh akan diuli dan dicanai dengan penggolek bergigi untuk membentuk bergigi.

Setelah dicanai, jem nanas akan diletakkan di tengah dan adunan doh tersebut akan digulung supaya jem terletak di tengah-tengah adunan.

Kemudian, ia dipotong mengikut ukuran yang dimahukan. Sebagai hiasan akhir, kuning telur akan disapu pada bahagian atas untuk menghasilkan warna kekuningan keemasan.

Saiz kuih tat nanas ini lazimnya dianggar semuat satu suapan supaya mudah dijamah.

Nama kuih ini mungkin diperolehi berdasarkan jenis kuih kering yang berinti iaitu tat dan kandungan intinya yang diperbuat daripada buah nanas.

Oleh sebab kuih tat nanas disukai ramai dan harganya yang berpatutan, ia ada dijual secara meluas. Namun, penghasilannya dan penjualannya agak bermusim.

Kuih tat nanas memiliki rasa inti yang manis, namun untuk mengimbanginya, doh kulitnya adalah tawar. Kulit tat yang bagus lazimnya agak lerai dan sapuan kuning telur pada bahagian atas berfungsi untuk memegang doh yang senang terlerai itu, selain sebagai hiasan warna keemasan.

Kuih tat nanas sesuai dibuat sebagai makanan petang disebabkan rasanya yang enak dan manis. Ia lazimnya disajikan dengan teh tawar kerana ia telah pun manis.

 

Tart Nanas Gulung

Kredit foto: Mariana Zainal & Mila (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan A :

  • Mentega (250g) - guna mentega mahal untuk hasil yang sedap
  • Gula kastor (1 sudu besar) - boleh juga kisar gula biasa untuk jimat
  • Kuning telur gred B (sebiji)
  • Esen vanila (1 sudu teh) - optional
  • Minyak sapi (1 sudu teh)
  • Sedikit pewarna kuning

 

Bahan B :

  • Tepung gandum (2 1/2 cawan )
  • Tepung jagung (2 1/2 sudu besar)
  • Tepung kastard (2 1/2 sudu besar)
  • Susu tepung (1 sudu besar) - pemilik resepi tidak letak kerana minyak sapi sudah lemak

 

Hiasan :

  • Kuning telur dengan sedikit pewarna kuning

 

Caranya :

1. Pukul bahan A sehingga sebati selama 2 minit.

2. Masukkan bahan B dan uli sebati.

3. Masukkan dalam acuan dan terap. Masukkan jem dan sapu permukaan biskut dengan kuning telur.

4. Bakar selama 20-25 minit sehingga masak. Suhu 180* api atas dan bawah.

 

Nota: Pasti ramai yang sukakan resepi ini kerana menggunakan sukatan cawan.

 

Resepi bonus: Tart Gulung Mudah Untuk Goodies Kenduri

tart gulung mudah untuk goodies kenduri

Bahan-bahan:

  • Mentega (250 gram)
  • Telur (sebiji) - dibuang putihnya separuh
  • Tepung jagung (4 sudu makan)
  • Tepung kastad (4 sudu makan)
  • Susu tepung (2 sudu makan)
  • Minyak sapi (2 sudu makan)
  • Esen vanila (1 sudu teh)
  • Gula icing (3 sudu makan)
  • Susu pekat (2 sudu makan) - jika suka kulit yang manis
  • Kuning telur (sebiji) - untuk hiasan

 

Cara membuat:

1. Pukul (whisk) sahaja mentega, gula, minyak sapi dan susu pekat dalam seminit. 

2. Masukkan telur vanila dan pukul lagi.

3. Setelah sebati, masukkan semua tepung kecuali tepung gandum.

4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum mengikut kelembutan. Jika mahu yang gulung, adunan jangan terlalu keras.

Tips: Pemilik resepi tidak pernah sukat tepung gandum, agak-agak sahaja.

 

Sumber:

1. Mariana Zainal [1, 2]

2. Halipah Ithnin [1, 2]

3. Wikipedia Tat Nanas




Hakcipta iluminasi.com (2017)