Oleh pada 13 Sep 2018 kategori

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1 biji telur
  • secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Gaul tepung gandum, marjerin dan garam sehingga rata.
  2. Masukkan telur. Uli sehingga menjadi doh .
  3. Bentukkan doh seperti tart shell ikut permukaan kuali. Tips: Biar agak berlekuk bahagian tengah untuk isi filling. 
  4. Bahagian tepi-tepi tersebut bentuk atau tekan menggunakan garfu sahaja. Tips: Kulit tart tidak perlu bakar dahulu. Tuang filling baru bakar. 

Filling atau Inti

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen coklat atau esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Kacau sebati atau kisar semua bahan.
  2. Tapiskan dan tuang ke dalam tart shell.
  3. Bakar suhu 170° api atas bawah selama 40 minit.
  4. Jika bakar menggunakan dapur gas, api dipasang kecil sahaja. Bakar selama 30-40 minit. TIps: Tutup permukaan kuali.
  5. Apabila inti telah keras atau pejal bermaksud ia sudah masak. 

Tips: Boleh juga dibakar menggunakan loyang.

Untuk resepi lain, boleh ikuti Facebook Raja Amanina

Sumber: Raja Amanina




Hakcipta iluminasi.com (2017)