Kuih siput adalah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum, tepung ubi dan marjerin. Ia kemudian dicampur dengan rempah dan dibentuk menjadi bentuk siput dengan menggunakan acuan.

Ia kemudiannya digoreng dengan minyak masak menggunakan api serdahana perlahan sehingga ia kekuningan sebelum diangkat dan sedia untuk disajikan.

Jika api sangat perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dipanggil sebagai kembang minyak.

Kuih siput adalah sejenis kuih yang menjadi kelaziman untuk disajikan ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan tidak dijual secara harian.

Kuih siput kurang diminati kecuali ketika musim perayaan dimana ia tidak perlu ditempah lebih awal.

Kuih siput diberi nama sebegitu disebabkan bentuknya yang menyamai cangkerang siput. Ia berwarna kuning keemasan.

  

Kuih Siput  

kuih siput 949

Kredit foto: Shai Anne Ahemed (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (500g)
  • Marjerin (2 sudu besar)
  • Serbuk rempah kari (1 sudu besar)
  • Serbuk cili (1 sudu besar)
  • Telur (1 biji)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Gula (2 sudu besar) - mengikut citarasa jika suka manis
  • Air (150ml)
  • Daun kari (10 tangkai)

Cara-cara:

1. Cairkan marjerin dan sejukkan.

2. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, garam dan gula.

3. Tuangkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan marjerin menyerap ke dalam tepung.

4. Masukkan hirisan daun kari.

5. Pukul sebiji telur dan tuang ke dalam adunan tepung diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masih keras.

6. Rehatkan doh seketika.

7. Tabur sedikit tepung di atas dulang untuk mengelakkan doh melekat. Gentel sedikit doh dan tekan di atas acuan kuih siput. Kemudian, letak di atas dulang tadi.

8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan.

9. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

kuih siput 1

Sumber:

1. Ummu Hana [12]

2. Wikipedia Kuih Siput


tags :, ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)