Oleh pada 13 Jun 2019 kategori

Kek coklat karamel merupakan sejenis kek coklat kukus yang mempunyai lapisan puding karamel di atasnya

Namun, lapisan atasnya boleh menjadi tidak sebegitu licin kerana gula.

Dari segi sukatan susu dan gula, kek ini sedikit manis dan boleh disesuaikan sukatannya mengikut citarasa masing-masing.

  

Kek Coklat Karamel

 

 

Bahan karamel: 

  • Gula (4&5 sudu besar) - dicairkan dalam loyang sehingga perang dan di tambah
  • Air (2 sudu besar) - dibiarkan larut sebati dan dikeraskan

 

Bahan puding: 

  • Telur (3 biji) - dibuang pusat telur untuk mengelakkan bau/hanyir telur
  • Esen vanila (1 penutup)
  • Susu cair (1 1/2 cawan)
  • Susu pekat (1/2 cawan)
  • Tepung kastard (1 sudu)

 

Cara penyediaan:  

1. Kacau atau kisar sebati, tapis dan tuang ke dalam loyang karemal.

2. Kukus selama 20 minit, angkat dan cakar-cakar permukaan atas puding menggunakan garfu. 

 

Kek Coklat 

 

Bahan A :

  • Gula (1 cawan)
  • Minyak masak (1 cawan)
  • Serbuk koko (1 cawan)
  • Susu pekat (1 cawan)
  • Susu cair (1 cawan)

 

Bahan B: 

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Soda bikarbonat (1 sudu kecil)

 

➡ Ayak

 

Bahan C: 

  • Telur (3 biji)
  • Ovelate (1 sudu kecil)

 

➡ Kisar

 

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan A. Panaskan atau masak sebentar sehingga larut sebati. 

2. Masukkan bahan B yang diayak ke dalam bahan A dan kacau sebati menggunakan sudip sahaja. Masukkan bahan C dan kacau lagi sehingga sebati. 

3. Tuang adunan kek ke dalam loyang puding dan kukus selama 45-60 minit.

4. Tunggu sejuk dan baru keluarkan dari loyang.

kek coklat karamel 1

Kredit foto: Qayla Addeena Layyina‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kek coklat karamel 2

Kredit foto: CikMusliha Bt MahasiraYuddin‎‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

kek coklat karamel 3

Kredit foto: Watie Che Kar‎‎‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)  

 

Untuk melihat resepi lain, boleh lawati atau follow Facebook Raja Amanina

 

Sumber: 

1. Raja Amanina [1, 2]

2. Cooking With Soul (suzana-ciksue.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)