Sekarang musim hujan bukan? Kalau dapat makan sup panas dengan cuaca sejuk macam ini pasti sedap. Tetapi, lagi seronok kalau dapat makan steamboat. Lagi-lagi steamboat ala Johnny’s macam ini. Bolehlah masak sendiri dekat rumah bersama seisi keluarga mahupun dengan rakan-rakan anda. Makanlah sampai puas sambil menonton drama atau filem bersama-sama mereka.

steamboat johnnys

Bahan-bahan kuah tomyam:

2 paket pes tomyam Adabi

1 paket pes tomyam asam pedas Adabi

2 paket pes tomyam kung Adabi

1biji bawang Holland

Daun limau purut

Gula, garam, perasa (agak2 la ye byk mana)

Air satu jug

• Satukan semua bahan tersebut.

Bahan-bahan sos pencicah :

6 tangkai lada merah

4 ulas bawang putih

5 sudu besar minyak zaitun

5 sudu besar jus limau

5 sudu besar sos ikan

2 sudu besar sos tiram

2 sb kicap kipas udang

1/2 atau 1 cawan air

1/2 sudu besar Sunquick

Daun ketumbar (diracik halus)

Bijan digoreng tanpa minyak (siapa yang tak suka tak perlu letak ya)

Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

• Kisar lada bersama bawang putih.

• Masak atas dapur bersama air, minyak zaiton, ,sos ikan, jus limau atau cuka, kicap dan sos tiram.

• Masak sampai pekat, kemudian baru masukkan Sunquick.

• Perasakan dengan garam dan gula. Kalau rasa dah okay, boleh masukkan daun ketumbar dan bijan.

steamboat johnnys 2

Siap! Mudah bukan? Selamat mencuba!

Kredit : Diana Aziz


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)