resepi tart cadbury premium

 

Bahan:

Tart:

  • Mentega 250gm (jenama Anchor Salted)
  • Tepung jenama Red Rose 2 cawan + 1/4 cawan lagi

Inti:

  • Cadbury mini bar

Hiasan:

  • dark chocolate / white chocolate / badam

Cara penyediaan:

1. Mentega biarkan dalam suhu bilik.

2. Satukan mentega dengan tepung.

3. Uli sehingga jadi doh lembut. Tambah sedikit tepung jika masih melekat pada tangan. Jangan banyak, jika tidak doh mungkin akan keras dan tidak sedap.

4. Canai menggunakan penerap. Bakar dengan suhu 160° selama 20-25 minit.

5. Cairkan dark chocolate dan white chocolate (double boiled). Untuk lebih cepat, boleh kukus.

6. Celup sedikit Cadbury dalam dark chocolate, kemudian susun atas biskut. Ulang sehingga habis. 

7. Hias biskut mengikut kreativiti dan citarasa masing-masing. Coklat cadbury juga boleh digulung.

Sumber: Aisyah Abd Aziz


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)