Oleh pada 27 Feb 2019 kategori

Kek lapis Sarawak merupakan kek lapis yang biasanya disajikan di negeri Sarawak ketika majlis-majlis khas. Kek ini juga dipanggil sebagai kek lapis moden Sarawak dan kek lapis.

Kek lapis Sarawak kebiasaannya dibuat bagi perayaan agama atau kebudayaan seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali, hari jadi dan majlis perkahwinan.

Ciri unik rumah terbuka Sarawak merupakan kek berlapis moden.

Kek lapis moden Sarawak dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu kek dengan lapisan biasa dan kek dengan corak, motif atau bentuk.

Kesemuanya harus mempunyai sekurang-kurangnya dua warna dan boleh dibakar di dalam ketuhar.

Adunan menggunakan mentega atau minyak sayuran, susu dan telur. Ia juga memerlukan si pembuatnya mempunyai lengan yang kuat atau pengadun elektrik untuk dihasilkan dengan baik.

Kek yang dibakar mempunyai tekstur yang teguh dan lapisan dipasang dengan jem atau bahan manis yang melekat. Kek yang lebih terperinci selalu memerlukan acuan khas bagi mengekalkan ketebalan lapisan yang sempurna.

Kek Lapis Sarawak Cadbury

Kredit foto: Jeanne Nattul‎ 

Bahan-bahan:

  • Buttercup (450g)
  • Susu manis (1 cawan)
  • Telur gred A (10 biji)
  • Gula pasir (170g)
  • Tepung Hong Kong (220g)
  • Horlicks (200g)
  • Serbuk penaik (1 sudu besar)
  • Ovellet (1 sudu besar)
  • Esen vanila (1 sudu)

Cara penyediaan:

1. Sediakan dua buah bekas, sebuah bersaiz sederhana dan sebuah lagi bersaiz besar sedikit.

2. Untuk bekas besar, masukkan 10 biji telur dan gula. Mix sehingga gebu.

3. Untuk satu lagi bekas, masukkan susu manis dan buttercup. Mix sehingga sebati. Campurkan bahan ke dalam bekas yang besar tadi dan mix lagi.

4. Setelah semuanya memuaskan, masukkan pula ovellet, serbuk penaik dan esen vanila. Mix lagi.

5. Sukat tepung dan Horlicks lalu dimasukkan sedikit demi sedikit. Mix perlahan. Jika guna laju, tepung akan terbang. Setelah siap, masukkan semua bahan.

6. Panaskan ketuhar dahulu. Setelah panas selama lebih kurang 15 minit, boleh melapis.

Nota: Pemilik resepi menggunakan loyang 9x9.

7. Ambil 6 atau 7 sudu besar dan lapis. Untuk lapisan pertama, gunakan api atas bawah. Setelah 7 minit, baru tukar api atas. Yang berikutnya, gunakan api atas sahaja.

8. Untuk lapisan kedua, baru letakkan Cadbury dan susun.

kek lapis sarawak cadbury 1

Sumber:

1. Ila Mohamad [12]

2. Wikipedia Kek Lapis Sarawak




Hakcipta iluminasi.com (2017)