Oleh pada 09 Oct 2024 kategori

Cheese tart merupakan sejenis pencuci mulut kegemaran ramai yang berasal dari negara matahari terbit, Jepun. Ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran pertunangan dan perkahwinan atau dihidangkan ketika majlis sambutan hari jadi.

Kepelbagaian dekorasi menu ini boleh ditambah mengikut citarasa sendiri. Selain itu, dekorasinya turut boleh dipilih untuk dibuat sama ada sebelum atau selepas dibakar (pemilik resepi selalu memilih selepas dibakar).

Untuk resepi yang kami kongsikan ini, satu adunan dapat menghasilkan sebanyak lebih kurang 60 biji cheese tart. Ia hanya boleh bertahan selama seminggu sebelum bertukar menjadi leper.

 

Bahan-bahan (shell):

  • Buttercup/marjerin (125g)
  • Gula aising (60g)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Tepung gandum (240g)
  • Esen vanila (1 sudu besar)

 

Bahan-bahan (cheese filling):

  • Cream cheese (500g)
  • Gula kastor (80g)
  • Esen lemon/esen vanila (1/2 sudu besar)
  • Buttercup (20g)
  • Kuning telur (1 biji)

 

Cara-cara membuat (shell):

  1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanila/esen lemon.
  3. Akhir sekali, masukkan tepung gandum.
  4. Uli sehingga menjadi doh.
  5. Kemudian, simpan dalam peti ais selama 20 minit.
  6. Selepas 20 minit, bolehlah tekan dalam acuan dan bakar selama 15-20 minit (150°c).

 

Cara-cara membuat (cream cheese filling):

  1. Pukul cream cheese, gula kastor dan mentega sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanila/esen lemon.
  3. Kemudian, paip ke dalam shell yang telah dimasukkan filling dan bakar selama 3-5 minit (120°c).

 

Untuk filling:

Strawberi/blueberry/kiwi/mango/Nutella

 

default 2 817

 

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

 

Kredit resepi: Khairil Bariah [12]

 

Sumber informasi:

Efa Zila [1, 2]

Ain Izatul Hasnul Basri [1, 2]

Suhani Saffar [1, 2]

Lemon8 @wafika 




Hakcipta iluminasi.com (2017)