Menu sambal sotong sememangnya akan bertambah enak jika ditambah petai. Sambal sotong yang berkualiti tidak berair dan sambalnya melitupi semua sotong.

Anda boleh menggunakan sotong kembang atau sotong biasa. Selain itu, bahan-bahan tambahan seperti buah keras dan halia dikatakan dapat mewujudkan kelainan dari segi rasa menu popular ini. 

Bagi petai pula, penggunaan petai kampung atau juga dipanggil sebagai petai padi dapat menambahkan keenakan sambal tumis yang dimasak. Petai kampung merupakan jenis petai yang paling disukai ramai disebabkan bijinya tidak terlalu pahit dan kelat selain dikenali dengan khasiatnya seperti petai jenis lain.

Sambal Petai Sotong

sambal petai sotong 258

Bahan-bahan A:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Belacan
  • Cili kering

Bahan-bahan B:

  • Bawang besar - dihiris
  • Serai - diketuk
  • Air asam jawa (sedikit)
  • Gula
  • Garam
  • Petai
  • Sotong

Cara-cara penyediaan: 

1. Goreng petai dan ketepikan. Jangan terlalu lama.

2. Kisar bahan-bahan A.

3. Tumis serai dan bawang besar yang dihiris. Kemudian, masukkan bahan-bahan A tadi. Tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.

5. Masukkan sotong yang telah dipotong pendek dan tunggu sehingga sotong masak.

6. Akhir sekali, masukkan petai yang telah digoreng tadi dan siap untuk dihidang.

sambal petai sotong 1

Kredit foto: Hizar Harmiza Hashim (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

sambal petai sotong 2

Kredit foto: Noor Ani (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

sambal petai sotong 3

Kredit foto: Nur Zaqiyah (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Nur Farhana Ismail Ann [12]

2. Sedapnya Resepi Ini (sedapnyaresepiini.blogspot.com) [12]

3. Sajian Dapur Bonda (sajiandapurbonda.blogspot.com) [12]

4. My Bloggie =D (firhaneidzuddin.blogspot.com) [12]


tags :, ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)