hh

Oleh pada 31 Jul 2024 kategori

Shell Out merupakan sebuah jenama restoran makanan laut tempatan dengan sebuah hidangan tular dimana bahan-bahannya terdiri daripada lala, kupang, ketam, udang dan pelbagai jenis makanan laut yang lain. Ia dimasak dengan kuah sambal, masam manis, buttermilk dan banyak lagi serta dimakan bersama sayuran seperti lobak, brokoli dan jagung.

Untuk resepi ini, bawang besar yang digunakan adalah sebanyak 1 biji manakala bawang putih sebanyak 3 biji. Untuk jagung pula, gunakan jagung mentah.

Bahan-bahan

Bahan kisar:

  • Cili kering yang telah direbus
  • Bawang merah
  • Bawang putih

Bahan utama:

  • Seafood (ikut citarasa)
  • Brokoli, lobak merah dan jagung
  • Cili sos
  • Sos tiram
  • Serbuk kari
  • Kiub pati ayam (2 ketul)
  • Halia (hiris)
  • Serai (titik)
  • Daun limau
  • Gula Melaka

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih (1 mangkuk).
  2. Mula-mula didihkan air. Rebus semua bahan-bahan sayur seperti lobak merah, jagung dan brokoli.
  3. Masukkan sedikit garam.
  4. Kemudian, rebus pula kesemua bahan-bahan seafood.
  5. Rebus sehingga masak. Tapis dan ketepikan dahulu.
  6. Jangan buang air rebusan seafood. Ambil sedikit untuk buat stok sos nanti.
  7. Untuk mula membuat sos Shell Out pula, panaskan minyak dahulu.
  8. Masukkan semangkuk cili yang dikisar tadi.
  9. Masukkan halia yang telah dihiris.
  10. Masukkan serai yang telah diketuk.
  11. Masukkan seketul gula Melaka.
  12. Masukkan 2 ketul kiub pati ayam sambil kacau-kacau.
  13. Masukkan daun limau.
  14. Masukkan pula serbuk kari lebih kurang 3 sudu.
  15. Kacau sebati. Kemudian, masukkan sos tiram lebih kurang 2 sudu.
  16. Masukkan pula lebih kurang 2 sudu sos cili.
  17. Masukkan sedikit air rebusan seafood tadi.
  18. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  19. Tumis sehingga betul-betul masak dan pecah minyak.
  20. Akhir sekali, masukkan segala seafood yang sudah direbus tadi. Gaul sebati.
  21. Kemudian, hias dengan jagung, brokoli dan lobak merah yang telah direbus tadi. Jika suka, potong hirisan lemon sedikit. Siap.

shell out seafood 2

Kredit foto: Sha Liya Rizq Aqil (Gambar menggunakan resepi berbeza)

shell out seafood 1

Kredit foto: Syahiran Hilmin (Gambar menggunakan resepi berbeza)

 

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

 

Kredit resepi: Mas Aura [1, 2]

Sumber informasi: Facebook Lepak Shellout




Hakcipta iluminasi.com (2017)