Oleh pada 30 Jun 2024 kategori

Nasi goreng selalu menjadi pilihan ramai samada dimasak sendiri di rumah atau semasa makan di restoran. Untuk kelainan rasa atau penjimatan, anda boleh menggunakan salah satu bahan sahaja iaitu udang atau sotong.

Sekadar cadangan, kiub tomyam atau tomyam pes boleh ditambah. Selain itu, ikan masin juga boleh ditambah untuk menghasilkan nasi goreng ikan masin seafood.

Nota: Kesemua informasi di atas adalah untuk versi pertama.

 

Versi 1

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi (sedikit)
  • Sotong
  • Udang
  • Sos ikan (sedikit)
  • Kicap manis (sedikit)
  • Serbuk secukup rasa (sedikit)
  • Sayur
  • Telur

Cara memasak:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan sedikit cili padi.

2. Panaskan minyak.

Nota: Pemilik resepi campurkan dengan sedikit minyak yang berlebihan daripada sambal bilis. Ini yang membuatkan nasi goreng menjadi sedap,

3. Tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi sehingga wangi.

4. Masukkan sotong dan udang.

5. Masukkan sedikit sos ikan, sedikit kicap manis dan sedikit serbuk secukup rasa.

6. Masukkan sayur dan telur.

7. Masukkan pula nasi.

8. Goreng sehingga nasi sebati dengan perencah.

Nota: Pemilik resepi gemarkan nasi goreng yang agak garing.

 

Versi 2

final edited

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (3 ulas)
  • Bawang merah (2 biji)
  • Cili padi - tahap kepedasan mengikut citarasa
  • Ikan bilis (sedikit)

Kisarkan semua bahan di atas. Tumbuk untuk rasa yang lebih menyengat.

 

Untuk seafood:

  • Kupang dan lala - rebus
  • Udang dan sotong - goreng seketika

 

Bahan-bahan lain:

  • Perasa
  • Garam
  • Seafood sos
  • Kicap manis
  • Telur
  • Sayur sawi
  • Sos ikan

 

Cara-cara membuat:

1. Tumis bahan-bahan kisar tersebut sehingga garing menggunakan minyak goreng udang dan sotong tadi.

2. Apabila sudah garing, masukkan perasa dan garam, seafood sos (sedikit) dan kicap manis (sedikit sahaja). Kemudian, gaul sebati.

3. Masukkan semua seafood tadi.

4. Gaul lagi. Kemudian, buat lubang di tengah. Pecahkan telur. Biar telurnya masak seketika baru dikacau-kacau.

5. Apabila semua sudah mesra, masuk nasi. Jika mahu letakkan sayur sawi juga boleh.

6. Selepas masukkan nasi, gaul sehingga semua sekali sebati. Akhir sekali, renjiskan sos ikan. Siap.

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

 

Kredit resepi:

Puan Norimah Rahman [12

Mmy Rayyn [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)