nasi ayam penyet

Adunan tepung goreng ayam

Bahan-bahan:

  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil jintan putih dan 1 sudu kecil rempah ketumbar dikisar dengan sedikit air
  • 1 sudu kecil kunyit
  • 1/2 sudu kecil perencah serbuk Maggie
  • 1/2 sudu kecil rempah kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih

Cara penyediaan:

  1. Semua bahan di atas disatukan dalam satu bekas.
  2. Tambahkan dengan air kapur (secubit kapur + 1/4 cawan air).
  3. Kacau rata. Konsistensinya jangan begitu cair untuk tepung melekat dengan cantik.
  4. Salut ayam dengan tepung sehingga melekat dengan elok. Tips: Ayam ini telah direbus bersama dengan sup untuk gabungan ayam penyet lengkap.
  5. Panaskan minyak dalam periuk kecil.
  6. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan ayam. Masak dengan api sederhana perlahan sahaja.
  7. Sewaktu menggoreng, tutup periuk dengan penutupnya untuk mengekalkan kelembapan ayam. Tips: Ayam digoreng tidak terlalu lama kerana telah masak sebelumnya. Boleh diketuk/penyet sedikit selepas diangkat.
  8. Salut juga adunan tepung pada tempe dan tauhu yang dipotong.
  9. Angkat setelah garing.
  10. Lebihan salutan tepung tadi, masukkan 2 sudu besar serbuk roti. Tips: Serbuk roti boleh didapatkan di kedai bakeri.
  11. Gaul rata serbuk roti dengan lebihan salutan tepung tadi.
  12. Goreng dalam minyak panas. Balik-balikkan.
  13. Toskan. Tumbuk dengan lesung batu atau kisar seketika untuk menghaluskan serdak keriuk.

Sambal Raden

Bahan-bahan:

  • 6 tangkai cili merah (dipotong pendek)
  • 2 tangkai cili padi merah
  • 1/2 genggam ikan bilis
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/4 bawang besar Holland
  • secubit belacan
  • 1/2 biji tomato
  • 1/4 hirisan halia (sedikit sahaja)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak secukupnya.
  2. Masukkan ikan bilis terlebih dahulu. Goreng seketika. Bukan sampai garing kering tau.
  3. Seterusnya, masukkan bahan-bahan selebihnya. Goreng sehingga bahan menjadi layu sebelum ditoskan.
  4. Selepas bahan goreng tersebut suam, kisar kasar seketika. Tidak perlu gunakan air.
  5. Tumis dalam minyak yang digunakan tadi. Kacau rata dengan api perlahan.
  6. Seterusnya masukkan air asam jawa (secubit asam jawa + 1/4 gelas air).
  7. Masukkan secubit gula Melaka, 1 sudu kecil KFC garam dan 1/2 sudu kecil KFC gula serta sedikit perasa. Kuantiti rasa terpulang pada citarasa masing-masing.
  8. Tutup api setelah sambal pecah minyak dan cukup rasanya. Siap untuk dihidangkan.

Tips: Resepi sambal di atas untuk 2 orang makan. Sebab tuan punya resepi terlupa beli lada merah banyak. Gandakan bahan sahaja jika dalam kuantiti banyak.

Boleh ikuti Facebook Afy AL Habibi untuk resepi lain yang lengkap.

Sumber: Afy AL Habibi


tags : , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)