Oleh pada 24 Jun 2019 kategori

Kuih nona manis merupakan sejenis kuih yang enak dan mempunyai cukup rasa lemak manis dan masin. Ditambah pula dengan rasa pandan yang wangi dan beraroma, pasti sesiapa sahaja akan menggemarinya.

Mungkin anda tidak mengetahui bahawa kuih ini sebenarnya berasal dari Indonesia. Ramuannya dari tepung hunkwee yang diadun bersama pati pandan dan di tengahnya dipaip dengan pati santan pekat.

Kuih Nona Manis

Bahan-bahan A:

  • Tepung gandum (80g)
  • Santan (350ml)
  • Garam halus (1 1/2 sudu kecil)
  • Air (500ml)

Bahan-bahan B:

  • Gula halus (200g)
  • Tepung gandum (200g)
  • Santan kotak (200g)
  • Air (500ml)
  • Telur gred B (2 biji) - dipukul sebati

Bahan-bahan C:

  • Gula halus (100g)
  • Tepung jagung (60g)
  • Santan kotak (200ml)
  • Air pandan (300ml)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Pandan emulco (sedikit)
  • Pewarna hijau (sedikit)

Cara-cara penyediaan:

1. Campur semua bahan A dan kacau sehingga sebati, kemudian tapis ke dalam periuk. Masak sehingga sedikit pekat, pastikan sentiasa dikacau. Apabila telah pekat, boleh tutup api dan diletakkan di dalam piping bag. Ketepikan.

2. Campurkan semua bahan B kecuali telur. Gaul sehingga sebati dan ditapis, kemudian masukkan telur yang telah dipukul, kacau sehingga sebati. Ketepikan.

3. Campurkan semua bahan C di dalam periuk, masak dan kacau sehingga pekat. Tutup api sambal terus kacau sehingga adunan menjadi sedikit berkilat.

4. Kemudian, masukkan adunan B ke dalam periuk, terus kacau sehingga sebati.

5. Panaskan kukusan, sapukan sedikit minyak di dalam acuan lompang.

6. Tuang adunan hijau sehingga 3/4 penuh acuan lopang, kemudian paipkan adunan putih itu di tengah-tengah adunan hijau dan tarik ke atas paip secara perlahan-lahan.

7. Kukus selama 10 minit dengan api yang besar.

8. Apabila kuih telah sejuk, baru dikeluarkan dari acuannya dan siap untuk dihidang.

kuih nona manis 1

kuih nona manis 2

kuih nona manis 3

Sumber:

1. Aznie Khasri [12]

2. Citarasawan (citarasawan.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)