Oleh pada 24 Apr 2023 kategori

Selain kuah kacang, ayam sambal kacang juga boleh dibuat sebagai pelengkap bagi menu kegemaran ramai, nasi himpit yang selalu dihidangkan ketika musim perayaan Aidilfitri. Untuk bahan gula nise, ia boleh digantikan dengan gula Melaka atau gula merah.

Manakala untuk kacang pula, ia boleh ditumbuk atau juga dikisar. Menurut pemilik resepi, anda tidak perlu terlalu mengikut peraturan ketika memasak sebaliknya mengikut keselesaan sendiri.

Nasi Himpit dan Ayam Sambal Kacang

Bahan utama:

  • Ayam - dipotong kecil
  • Cili kisar (1 mangkuk)
  • Kacang tanah (250g)

Bahan kisar:

  • Bawang merah (2 biji)
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Halia (2 inci)
  • Lengkuas (1 inci)
  • Serai (2 batang)

bahan bahan nasi himpit dan ayam sambal kacang

Bahan-bahan lain:

  • Garam
  • Kunyit
  • Air
  • Air asam pekat
  • Gula nise 
  • Gula (4 sudu)

Cara-cara penyediaan bergambar:

cara membuat nasi himpit dan ayam sambal kacang

  1. Goreng kacang selama lebih kurang 2 minit. Jangan sehingga hangus.
  2. Kacang yang telah siap digoreng.
  3. Lumur ayam dengan sedikit garam. Boleh juga letakkan kunyit, tetapi pemilik resepi tidak letak. Goreng separuh masak.
  4. Ayam separuh masak.
  5. Bahan kisar.
  6. Kacang yang siap goreng perlu disejukkan. Kemudian, barulah dikisar. Terpulang samada mahu dikisar halus atau kasar.
  7. Tumis bahan kisar.
  8. Masukkan cili kisar.
  9. Apabila telah pecah minyak, masukkan 100ml air.
  10. Kacau bahan tumis sehingga menggelegak.
  11. Masukkan semua kacang tanah ke dalam bahan tumis.
  12. Apabila agak pekat seperti ini, tambah 400ml air dan kacau rata.
  13. Kacau rata dan sebati.
  14. Masukkan sebatang serai yang diketuk.
  15. Masukkan air asam pekat. Sukatan secara anggaran sahaja.
  16. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  17. Kacau ayam tersebut elok-elok. Kuah agak pekat. Tambah lagi 400ml air.
  18. Masukkan gula nise.
  19. Masukkan gula.
  20. Masukkan garam (2 sudu).
  21. Masak sehingga naik minyak dan kuah menjadi pekat sedikit. Jika mahu cair, tambah lagi air. Ikut selera masing-masing.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Tengku RosElyza Raja Muhammad [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)