Oleh pada 04 May 2023 kategori

Pajeri terung merupakan sebuah sajian yang boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama padanannya seperti ikan goreng, ikan masin, ikan bakar, ulam-ulaman, sambal belacan, pekasam goreng, ikan gelama masam, telur masin, telur dadar, kicap dan lain-lain. Tahap kepedasan menu dengan kuah yang pekat ini juga boleh ditambah dengan meletakkan cili boh.

Untuk udang kering, ia tidak perlu ditumbuk. Jika tiada udang kering, anda boleh mencuba untuk menggantikannya dengan ikan bilis.

Bergantung kepada citarasa masing-masing, terdapat juga pajeri terung yang menggunakan nenas sebagai salah satu bahan.

Pajeri Terung

Bahan-bahan:

  • Terung - kuantiti ikut citarasa
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Udang kering - direndam seketika
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Cengkih
  • Buah pelaga
  • Rempah kari ayam dan ikan
  • Santan
  • Kerisik
  • Gula dan garam
  • Minyak masak

Cara-cara memasak:

  1. Mayang bahan-bahan bertanda*.
  2. Panaskan minyak dan masukkan rempah 5 sekawan. Setelah naik bau, masukkan bahan-bahan yang telah dimayang tadi.
  3. Setelah naik bau, masukkan udang kering. Kacau.
  4. Setelah naik bau, masukkan rempah tadi. Tambah dengan air. Tumis rempah ini sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan terung dan santan.
  6. Setelah empuk, masukkan kerisik, gula dan garam. Rasa manis dan pedas perlu seimbang.

bahan bahan pajeri terung

Kredit: Anita Hassan

cara membuat pajeri terung

Kredit: Zila Sweet

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Asnida Rashid [1, 2]

Sumber informasi:

Rasma Anuar

Imah Asat

Rafezah Ibrahim 

Jalilah Mohd Noor

Khadijah Baharuddin

Ziela Zack

Nurul Shaheen Abdul Rahim

Azliza Azrich

Hally Lmah

Zubaidah A Rahman

Mira Haffiza Idris

Izatul Hazura

Princes Zahra

Bunga Melor 

Ct Zamrah 

Dinie Omey Rosmy 




Hakcipta iluminasi.com (2017)