serawa durian

Kredit foto: Reenny Nuaq

Bahan-bahan:

  • Isi durian IOI (25 ulas) Tips: Boleh juga gunakan durian jenis lain
  • Santan pekat (1 biji 1/2)
  • Gula pasir (4 sudu)
  • Gula merah (3 sudu )
  • Gula kabung (seketul)
  • Sedikit garam
  • Air (3 cawan)
  • Daun pandan

Tips: Buat mereka yang kurang gemar manis, boleh guna gula perang.

Cara penyediaan:

1. Didihkan air terlebih dahulu bersama daun pandan.

2. Setelah mendidih, masukkan isi durian dengan bijinya sekali. Kacau dan leraikan sehingga isinya hancur.

3. Apabila Isi durian telah lerai dari bijinya dan likat, masukkan santan dan kacau rata.

4. Masukkan 1 sudu kecil garam untuk buatkan serawa durian rasa sedikit lemak.

Tips: Serawa durian biar likat baru sedap.

Sumber: Sarina Basir


tags : , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)