Oleh pada 04 Aug 2020 kategori

Aiskrim berperisa durian sememangnya menjadi pilihan ramai terutamanya ketika cuaca panas. Jika dibuat sendiri, ianya menjimatkan dan tahan lama apabila diletakkan dalam freezer.

Untuk resepi pertama, santan boleh ditambah untuk rasa yang sedap dan lemak. Masih menggunakan resepi yang sama, kecuali susu cair sebanyak separuh tin dan santan sebanyak separuh tin.

Aiskrim Durian

aiskrim durian

Bahan-bahan:

  • Durian (10 ulas)
  • Susu cair (1 tin)
  • Susu pekat manis (4 sudu besar) - kuantiti mengikut citarasa
  • Ovalette (1 sudu besar)
  • Pewarna kuning telur (2 penutup) - jenama Star Brand (tidak wajib)

Cara-cara membuat:

  1. Kisarkan semua bahan kembang dan pekat.
  2. Letakkan dalam bekas aiskrim dan kemudiannya dalam freezer

Tips:

  • Jika mahu, selepas kisar, letakkan dalam pengadun (mixer) dan adun (mix) lagi sehingga kembang.
  • Jika dibuat pada waktu malam, aiskrim durian anda sudah sedia untuk dinikmati keesokan paginya. 

Resepi Bonus: Aiskrim Durian Balang

aiskrim durian balang 4

Bahan-bahan:

  • Isi durian
  • Gula
  • Garam
  • Susu penuh krim (1 kotak besar) - susu cair juga boleh digunakan
  • Susu pekat
  • Telur (1 biji)
  • Plain yogurt/perahan lemon/emulco lemon (3 sudu besar) - dijual di kedai bakeri
  • Creamy vanilla
  • Pewarna kuning - tidak wajib
  • Ovalette (1 sudu besar)

Cara-cara membuat:

1. Adun (mix) isi durian, gula dan secubit garam. Jika tiada pengadun (mixer), boleh kisar atau kacau menggunakan senduk.

2. Bahagikan kepada dua, satu bahagian untuk adun dengan aiskrim dan satu bahagian lagi untuk jadikannya sebagai topping. Untuk toppingnya, tambahkan sedikit susu pekat. Ketepikan.

3. Kemudian, adun ovalette, telur dan plain yogurt/perahan lemon/emulco lemon (untuk potong rasa muak). Adun ketiga-tiga bahan ini sehingga gebu. Jika tidak gebu, telur tersebut tidak masak. Adun menggunakan kelajuan tinggi dan lama.

4. Apabila telah gebu, masukkan susu penuh krim. Letakkan susu pekat dan sedikit garam. Adun sehingga adunan menjadi pekat.

5. Kemudian, masukkan isi durian yang dibahagi dua tadi. Jika mahu isi durian tersebut tidak larut, adun dengan kelajuan perlahan sudah memadai.

6. Masukkan dalam bekas (sediakan bekas tersebut siap-siap). Letakkan topping isi durian yang ditambah susu pekat tadi. Juga boleh selang-seli topping tersebut semasa letak aiskrim. Di atas sekali, hiaskan dengan topping isi durian tersebut. Siap dan bekukan. 

aiskrim durian balang default 1

aiskrim durian balang 2

Untuk video cara-cara membuat, boleh lihat disini.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Mas Salleh [1, 2

2. Mieyses Yueyu [1, 2

Sumber informasi:

1. Inaaz Aziana [1, 2]

2. Schaa Basri [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)