Oleh pada 30 Jul 2020 kategori

Kek durian merupakan sejenis kek span yang sesuai untuk dijadikan sarapan petang. Sebagai cadangan, durian boleh digantikan dengan cempedak untuk menghasilkan kek cempedak.

Jika mahu menggunakan cara kukus, anda perlu melakukan beberapa perkara. Untuk resepi pertama, anda perlu tambah satu sudu kecil soda bikabornat. Untuk resepi kedua pula, anda tidak perlu meletakkan serbuk penaik dan gunakan api sederhana dalam masa sejam.

Kek Durian

Versi 1

Bahan A:

  • Telur ayam (4 biji)
  • Ovalette (1 sudu besar)
  • Minyak masak (1 cawan)
  • Gula (1/2 cawan)
  • Susu pekat (3/4 cawan)
  • Esen vanila (sedikit)
  • Isi durian (2 ulas) - boleh diletakkan lebih

Bahan B:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Serbuk penaik (1 sudu besar)

Ayak kedua-dua bahan di atas.

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul bahan A sehingga gebu, masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan adun (mix) sehingga sebati.
  2. Apabila telah sebati, masukkan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 160 selama 50 minit (bergantung kepada ketuhar masing-masing) menggunakan api atas bawah.

Versi 2

kek durian versi 2 default

Bahan-bahan:

  • Telur (5 biji)
  • Tepung naik sendiri (tepung kek) (250g)
  • Gula halus (180g)
  • Ovalette (1 sudu besar)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Isi durian (1 cawan)
  • Susu cair (50ml)
  • Susu pekat (2 sudu besar)
  • Minyak masak (7 sudu besar)
  • Isi durian - untuk hiasan di atas

Sediakan juga loyang bersaiz 8 inci dan kertas minyak.

Cara-cara membuat:

  1. Pukul telur sehingga kembang. Kemudian, masukkan gula, ovalette dan susu pekat.
  2. Pukul lagi sehingga debating. Masukkan tepung dengan serbuk penaik. Pukul sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan minyak. Pukul dengan senduk kayu (kaedah kaup balik).
  4. Bakar menggunakan suhu 150 selama sejam.

kek durian versi 2 default 643

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Mashitah Amin [1, 2]

2. Siti Aishah Sitiaishah [1, 2

Sumber informasi:

1. Maryani Ashiqin Cake House [1, 2]

2. Noraizi Nordin [1, 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)