Oleh pada 16 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Soleha Rafiee

Crepe merupakan sejenis pancake yang amat nipis. Ia lazimnya dibuat dari tepung gandum (crepes de Froment) atau soba tepung gandum (galettes). Crepe merupakan perkataan asal Perancis yang berasal dari Latin crispa, bermaksud 'bergulung'.

Biarpun crepe berasal dari Brittany, sebuah rantau di barat laut Perancis, penggunaannya meluas di Perancis dan Quebec. Di Brittany, crepe secara tradisinya dihidangkan dengan cider. Crepe dihidangkan dengan pelbagai jenis inti, dari yang paling mudah iaitu dengan gula sahaja. 

Secara ringkasnya, durian crepe dihasilkan dari satu lapisan kulit yang nipis dimana di dalamnya terdapat krim segar yang tidak muak dan berintikan isi durian segar.

Sumber: bead brooch gadis kampung & Ejul Klate

Bahan-bahan

Crepe:

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur saiz A
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit esen vanila
  • beberapa titik pewarna kuning     

   

Inti kastard durian: 

  • isi durian yang dihancurkan

   

Filling whipping cream:

  • 500gm whipping cream
  • 2 sudu besar gula icing

Cara memasak:

   

Crepe:

1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam satu bekas.

2. Masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila dan telur yang dipukul sebati. Masukkan air, susu segar serta pewarna kuning. Blenderkan. Kemudian, tapis.

3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu kuali dengan sedikit minyak (oles guna tisu).

4. Apabila kuali telah panas, angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali sehingga adunan rata dan nipis. Pastikan crepe tadi memenuhi permukaan kuali.

5. Letak kembali kuali di atas dapur untuk seketika dan kemudian angkat. Jangan lama kerana nanti crepe akan hangit. Crepe ini tidak perlu diterbalikkan kerana ia nipis dan mudah masak.

6. Ulangi langkah sehingga habis. Boleh ditindih bertindan kerana tidak melekat.

   

Inti durian:

1. Dalam bekas lain, masukkan Isi durian dihancurkan. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya tidak cair.

   

Filling whipping cream:

1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream. Tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis, abaikan gula icing.

2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag. Letak dalam freezer sebentar supaya tidak cair.

3. Paipkan whipping cream, isi durian di tengah dan paipkan lagi whipping cream. Balut.

4. Ulang lagi.

5. Sejukkan sebelum dinikmati.

durian crepe 3

Kredit foto: Hayira Baba

Sumber: Shah Sue [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)