Oleh pada 20 Jan 2020 kategori

Jika anda merupakan salah seorang penggemar durian, anda pasti bersetuju bahawa terdapat persamaan antara seri muka durian dengan pulut durian. Untuk seri muka durian, pulut bawahnya perlulah lembut dan atasnya pula rasa durian sebenar. 

Untuk resepi versi kedua, anda boleh menggunakan loyang bersaiz 10x10. Bagi mendapatkan hasil yang enak, gunakan santan asli.

Seri Muka Durian (Versi 1)

Bahan-bahan:

  • Santan pekat (2 1/2 cawan)
  • Gula (3/4 cawan) - boleh dikurangkan lagi, boleh ditambah jika tidak manis kerana durian sudah manis
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Tepung jagung (2 sudu besar)
  • Isi durian (1 cawan)
  • Pewarna kuning (1 sudu)
  • Telur (1 biji)
  • Garam (sedikit)

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua dalam pengisar (blender) dan kisar sehingga halus.
  2. Kemudian, masukkan pewarna kuning dan kukus selama 40 minit.

Nota: Walaupun ada telur, ia tidak hanyir.

seri muka durian 3

seri muka durian 2 976

Seri Muka Durian (Versi 2)

seri muka durian default

Bahagian bawah

Bahan-bahan:

  • Pulut (3 cawan) - direndam dahulu selama 4-5 jam
  • Santan (2 cawan)
  • Gula (2 sudu makan)
  • Garam (1 sudu kecil)

Cara penyediaan:

Kukus sehingga masak (25 minit). Tekan padat-padat.

Bahagian atas

Bahan-bahan:

  • Durian (1 cawan)
  • Telur (2 biji)
  • Gula (1 cawan)
  • Santan (3 cawan)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Tepung kastard (1/2 cawan)
  • Tepung gandum (1/2 cawan)
  • Perisa durian - warna kuning

Cara penyediaan: 

  1. Kisar semua. Masak sehingga naik wap.
  2. Tuang atas pulut tadi. Kukus sehingga masak (20 minit). Siap.

Nota: Sejukkan selama 2 atau 3 jam dan potong.

seri muka durian 1 310

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Yayang Waniey [1, 2]

2. Yannie Kitchen [1, 2]

Sumber informasi:

1. Fauziah Ramli [1, 2]

2. Mmy Bee [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)