Oleh pada 27 Nov 2024 kategori

Salad sayur merupakan sejenis hidangan diet yang enak dimakan selepas disejukkan dalam peti ais. Selain campuran warnanya yang menarik, menu ini juga mempunyai rasa yang rangup hampir di setiap gigitan.

Untuk resepi pertama, timun muda boleh digantikan dengan timun jepun. Untuk resepi kedua pula, jenis salad yang digunakan oleh pemilik resepi ialah green coral.

 

Versi 1

 

Bahan-bahan:

  • Dada ayam (sekeping)
  • Lada hitam (20 biji)*
  • Bawang putih (3 ulas)*

Tumbuk lumat*.

 

  • Sos tiram (1 sudu besar)
  • Madu (1 sudu besar)
  • Minyak masak (1 sudu besar)
  • Garam halus (secubit)

 

  • Kobis ungu
  • Timun muda
  • Epal hijau
  • Tomato muda
  • Salad

Nota: Sayur mengikut citarasa dan kuantiti secukupnya.

 

Mayonis (secukupnya)

 

Cara-cara penyediaan:

cara membuat salad sayur 1

1. Bahan tumbuk.

2. Madu, minyak, sos tiram, bahan tumbuk dan secubit garam. Boleh perap jika mahu. Pemilik resepi tidak perap. Lumur rata dan terus bakar.

3. Sedia dibakar menggunakan pan.

cara membuat salad sayur 2

4. Bahan salad. Boleh mula potong dadu/sayur hiris halus.

5. Ayam bakar. Bakar sehingga dapat warna coklat. Baunya wangi.

6. Siap semua bahan. Ayam bakar dihiris. Mayonis. Simpan dalam peti ais seketika.

7. Siap digaul rata bersama mayonis.

 

Versi 2

salad sayur versi 2

 

Bahan-bahan:

  • Salad
  • Kobis ungu (suku)
  • Kobis bulat (suku)
  • Cili benggala 
  • Tomato ceri
  • Timun jepun
  • Bawang holland
  • Lada hitam biji - tumbuk
  • Garam
  • Sos salad - juga boleh gunakan mayonis
  • Sos thousand island
  • Cuka (sedikit)
  • Isi ayam - bahagian dada (potong nipis-nipis; goreng dengan sedikit mentega; letak lada hitam dan sedikit garam)

 

Cara-cara membuat:

Campur semua sayur-sayur tadi. Masukkan ayam. Curah-curah sos. Gaul bagi rata. Masukkan lada hitam, garam dan cuka. Gaul lagi. Siap.

 

Nota: Kesemuanya mengikut selera masing-masing. Jika sukakan lebih sos, letakkan banyak-banyak. Jika suka lebih sayur, letakkan banyak-banyak.

 

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

 

Kredit resepi:

Mizah Ngatiman [1. 2]

Aisyah Zulaikha [1, 2]

Sumber informasi:

Siti Zanariah Ahmad [1, 2]

Siti Huzaimah [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)