pavlova

Bahan-bahan:

  • 2 biji putih telur
  • 100 gm gula aising (icing sugar)
  • 1 tablespoon tepung jagung
  • krim tartar (cream of tartar) 1/2 sudu teh atau jus lemon

Topping:

  • 150 ml krim putar (whipping cream)
  • buah segar mengikut citarasa anda 

Cara penyediaan:

1. Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan krim tartar atau jus lemon. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit. Kemudian top speed beat sehingga jadi betul kental (+- 10 ke 15 minit) atau lebih. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Kacau sebati.

2. Cedokkan dan letak atas tray yang telah dilapik kertas minyak. Ratakan atau boleh juga dipaipkan. Bakar dalam suhu 130'c selama 1 jam setengah. Pavlova akan mengembang 2 inci dari saiz asal. Kemudian, sejukkan. Api atas bawah.

Tips: Suhu yang tinggi akan menyebabkan pavlova menjadi hangit dan berwarna coklat gelap. Suhu yang rendah untuk mendapatkan warna yang seakan teh ais atau putih vanila.

3. Pukul krim putar sampai kental. Sapukan di atas pavlova tadi. TIps: Boleh juga dipaipkan jika untuk mini pavlova atau saiz cupcake.

4. Potong buah-buahan segar seperti strawberi. Tabur atau susun atas pavlova tadi. Tips: Boleh juga digunakan buah kiwi, mangga, anggur, peach atau mengikut minat masing-masing.

Siap untuk dihidangkan. Tips: Boleh disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan tersebut.

Sumber: Azizi Rais


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)