Oleh pada 10 Apr 2019 kategori

Kerala Porotta atau juga dipanggil sebagai Porotta, atau Malabari paratha, merupakan sebuah roti leper India selatan diperbuat dengan maida, telur dan lemak.

Makanan ini disediakan dengan sebuah teknik yang melibatkan menggelombang dan mempapkan doh supaya dapat membentuk lapisan.

Selepas itu, ia dibakar pada flat grill (lazimnya dipanggil suatu tawa atau suatu griddle). Lazimnya disaji dengan daging lembu pedas goreng atau kari ayam.

Ia suatu barang menu amat umum di Kerala. Ia lazimnya disaji dengan sebuah sajian kari.

Kerala porotta adalah lebih besar dalam diameter daripada parotta umum diadakan di negeri-negeri India Selatan lain.

 

Roti Paratha Homemade

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Gula (2 sudu kecil)
  • Yis (1 sudu kecil)
  • Air (150ml)
  • Minyak masak (4 sudu besar)
  • Minyak/mentega/minyak sapi - untuk goreng
  • Mentega - untuk sapuan

 

Cara menyediakannya:

1. Campurkan tepung, garam, gula, yis dan minyak masak di dalam mangkuk. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan lembut. 

2. Tak perlu uli doh lama-lama. Rupanya yang telah siap diuli seperti gambar di bawah.

roti paratha homemade 1

3. Biarkan doh direhatkan dalam sejam dan tutupkan dengan kain. Pastikan mangkuk disapukan dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat pada mangkuk. 

Nota: Doh akan naik 2 kali ganda dari saiz asal.

4. Bentukkan doh kecil-kecil mengikut saiz yang dikehendaki.

Nota: Pemilik resepi dapat 9 biji. Rehatkan dalam 10-15 minit. 

5. Ambil satu biji dan taburkan sedikit tepung pada papan dan atas doh supaya senang untuk golek dan tidak melekat.

6. Golekkanlah mengikut ketebalan yang digemari.

7. Panaskan kuali dengan sama ada minyak, mentega atau minyak sapi. Ikut citarasa masing-masing.

8. Goreng roti paratha lebih kurang 2-3 minit untuk setiap belah ataupun sehingga garing. Pastikan goreng dengan api perlahan.

9. Selepas sudah siap digoreng, sapukan sedikit mentega. Rasanya pun lebih lazat dengan rasa lemak mentega.

10. Boleh hidangkan bersama kuah kegemaran masing-masing.

Nota: Pemilik resepi cicah dengan kari.

 

Resepi Bonus: Nutella Bites (2 Bahan)

nutella bites 2

 

Bahan-bahan:

  • Roti paratha (1 paket) - 5 keping
  • Nutella
  • Aluminium round tin saiz 6” - mudah kerana boleh terus hidang

 

Cara-cara:

1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan.

2. Sudukan sedikit Nutella di tengah-tengah dan picitkan paratha di bahagian yang lurus sehingga tertutup. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi Nutella.

3. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi Nutella membentuk seperti jambangan bunga.

4. Bakar pada suhu 180c api atas bawah, rak ketuhar bawah sekali selama 30-40 minit atau sehingga paratha masak.

 

Sumber:

1. Hurun'Iin Malik [1, 2]

2. Khadijah Jaafar [1, 2]

3. Wikipedia Kerala Porotta




Hakcipta iluminasi.com (2017)