Kentang atau ubi kentang mempunyai pelbagai khasiat yang sangat bagus untuk semua peringkat umur. Kentang adalah sumber terbaik bagi pembentukan zat besi dalam darah. Ia menjamin sistem ketahanan badan kerana terdapat kandungan vitamin dan kalsium yang tinggi. 

Kentang juga mengandungi lysine yang amat penting bagi pertumbuhan badan dan otak. Justeru, kita boleh mendapat vitamin C dengan senang. Vitamin C di dalam kentang tidak hilang setelah dimasak disebabkan ia dikelilingi oleh sari pati. 

Malah, kentang juga sangat sesuai bagi pesakit yang menghidap gangguan gastrousus disebabkan ia dinyah hidrat. Ianya sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.

Kentang juga boleh menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.  

Selain itu, kentang adalah ubi yang sesuai bagi sebarang amalan diet. Ini disebabkan ubi kentang mempunyai indeks kekenyangan yang tinggi. Oleh itu, ia mampu mewujudkan rasa kenyang yang lebih lama.

Ia sesuai dicuba untuk mereka yang mahu berdiet, asalkan cara olahannya betul.

Potato Smile

potato smile

Kredit foto: Azrina Ien & Nora Syikinā€ˇ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Kentang (4 biji)
  • Tepung gandum (4 sudu besar)
  • Tepung jagung (4 sudu besar)
  • Serbuk roti (4 sudu besar)
  • Pati ayam (1 kiub)
  • Garam

Cara penyediaan:

1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam sehingga empuk.

2. Kemudian, lenyek kentang sehingga sebati.

3. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk roti.

4. Perasakan dengan garam.

5. Uli sehingga menjadi doh.

6. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.

7. Canai adunan (jangan terlalu tebal) dan tekap menjadi bentuk bulat.

8. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut menggunakan hujung sudu.

9. Goreng dalam minyak yang sederhana panas.

potato smile 1

Sumber:

1. Ariana Rose [12]

2. Bukan Yang Biasa (bukan-yang-biasa.blogspot.com) [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)