Oleh pada 30 Mar 2020 kategori

Rasam merupakan sebuah lagi menu yang disebut-disebut ketika ini kerana khasiatnya yang tidak dapat disangkal. Rasam merupakan sejenis sup dari India Selatan yang biasanya ada dijual di kedai mamak. Ia mempunyai rasa masam-masam pedas.

Ianya baik untuk pencernaan atau penghadaman. Ia juga boleh dimakan dengan nasi putih dan ikan goreng.

Rasam

Bahan-bahan:

  • Jintan putih (1 sudu kecil)
  • Jintan manis (1 sudu kecil)
  • Lada hitam (1 sudu kecil)

Semua bahan di atas ditumbuk halus

  • Bawang putih (3 atau 4 ulas) - diketuk 
  • Bawang merah (2 ulas) - dihiris kasar
  • Cili kering (3 atau 4 tangkai)
  • Daun kari (2 tangkai)
  • Air asam jawa (secukupnya)
  • Tomato (2 biji) - dipotong 4
  • Serbuk kunyit (sedikit)
  • Garam (secukup rasa )
  • Air (secukupnya )

Cara-cara membuat:

  1. Masukkan minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan kacau sebentar.
  2. Masukkan air asam jawa dan air putih secukupnya. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan kacau. Masukkan biji tomato dan biarkan sebentar. Masukkan garam. Kemudian, boleh rasa dahulu jika ada yang kurang. Boleh tambah air asam jawa atau garam.
  3. Apabila telah mendidih, terus tutupkan api. Rasam tidak boleh mendidih lama kerana rasanya akan pahit sedikit.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Shameema Ahamed [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)