Ikan singgang sememangnya mempunyai elemen antibiotik dan berkhasiat. Menu ini boleh dimakan dengan budu.

Untuk versi pertana, anda boleh tambahkan telur dadar untuk lebih sedap. Untuk versi kedua, kebiasaannya ikan tongkol digunakan. Namun, kali ini pemilik resepi menggunakan ikan tenggiri.

Ikan Singgang (Versi 1)

ikan singgang 1 1

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Kunyit hidup (3 hiris)
  • Lengkuas
  • Asam keping
  • Belacan (sedikit)
  • Biji ketumbar (3 biji)
  • Gula melaka (sedikit)
  • Bendi
  • Lada
  • Garam

Cara-cara membuat: 

  1. Letak ikan dan masukkan semua bahan di atas sekaligus. Jangan lupa letak sedikit gula melaka. Asam keping biar banyak sedikit supaya rasanya masam-masam.
  2. Setelah mendidih, letak bendi dan lada. Kemudian, letakkan garam. Siap.

ikan singgang

Ikan Singgang (Versi 2)

ikan singgang 2

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri (5 ketul) - siap potong, boleh dibeli di pasar atau kedai Acheh
  • Bendi (6 biji atau lebih)
  • Lengkuas dan kunyit hidup (sebesar ibu jari)
  • Serai (sebatang) - diketuk
  • Bawang putih (6 ulas)
  • Bawang merah (3 biji)
  • Cili padi (3 biji)
  • Asam gelugor (2 keping)
  • Pemanis jenama Sweetality
  • Garam buluh

Cara-cara membuat:

  1. Setelah mendidih, tutup api dan barulah tabur garam buluh secukup rasa. Semuanya dimasak rebus sekaligus. 
  2. Panggang seekor ikan kembung dan cicah budu dengan ulam raja, pegaga, pucuk daun gajus dan jering.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Nur Aida Md Zainuddin [1, 2]

2. Nor Azlin Naar Chella [1, 2

Sumber informasi: Kamariah Endut [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)