Oleh pada 04 Sep 2018 kategori

Puding Sago

Bahan-bahan:

  • 1 cawan sagu putih
  • sedikit perwarna merah (jika guna sagu merah, tak perlu letak pewarna)
  • sedikit perisa ros (jika mahu)
  • 1 cawan air - untuk rendam sagu
  • 3 cawan air - untuk masak sagu

Tips: Kalau sagu tidak kembang, tambah sedikit air lagi.

Cara membuat:

  1. Masukkan sagu ke dalam mangkuk. Tuang 1 cawan air. Biarkan sagu mengembang.
  2. Didihkan 3 cawan air. Tuang sedikit pewarna merah. Kacau.
  3. Kemudian, masukkan sagu. Gaul perlahan-lahan sehingga sago mengembang.
  4. Angkat dan sejukkan.

Kuah Gula Melaka

Bahan:

  • 1 blok gula melaka (hancurkan / potong kecil-kecil)
  • 1 cawan air
  • daun pandan disimpul

Cara membuat:

  1. Satukan kesemua bahan.
  2. Masak sehingga gula larut. Angkat dan tapis.

Bahan lain:

  • sumi Jelly atau nata D'coco
  • susu cair

Cara penyediaan Sago Gula Melaka:

  1. Sediakan bekas yang sesuai.
  2. Tuang gula melaka secukupnya.
  3. Masukkan sago. Letak sumi.
  4. Akhir sekali, tuang susu cair. Sesuai di makan sejuk-sejuk.

Tips: Bilas sagonya untuk buang lendir-lendir supaya buatkan sago jadi cantik berbiji-biji.

Sumber: Nina Mahdar




Hakcipta iluminasi.com (2017)