Oleh pada 16 Jan 2019 kategori

Pleurotus ostreatus yang juga dikenali sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok ialah antara kulat yang boleh dimakan dan majoritinya ditanam di Asia sejak dahulu kala. Sekarang, ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai sebuah makanan.

Cendawan ini memiliki persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram turut digunakan dalam industri untuk tujuan mycoremediation. Cendawan tiram selalu dipakai dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan enak dijamah dengan kicap.

Perusahaan cendawan tiram di Malaysia mula mendapat tempat di kalangan golongan muda untuk dijadikan sebagai antara sumber pendapatan. Mana tidaknya, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terpakai seperti habuk kayu getah, boleh menghasilkan ribuan ringgit setiap bulan.

Majoriti kursus cendawan tiram dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri. Tetapi, terdapat banyak juga syarikat-syarikat swasta mula menganjurkan kursus tanaman cendawan ini.

 

Sup Cendawan

Menu ini sememangnya sihat kerana tiada gula dan MSG

 

Bahan-bahan:

  • Bawang besar (1 biji) - dipotong nipis
  • Bawang putih (2-3 ulas) - dititik
  • Cendawan tiram (agak-agak)
  • Lada hitam (secukup rasa) - ditumbuk
  • Telur (2 biji)
  • Cili padi (5-6 biji) - dipotong dua

 

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak.

2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili.

3. Kacau sebentar sahaja.

4. Masukkan cendawan.

5. Masukkan lada hitam.

6. Kacau lagi sebentar.

7. Masukkan air untuk membuat kuah.

8. Apabila telah mendidih, masukkan telur.

9. Masukkan garam dan perasa. Siap.

 

Resepi Bonus: Sup Telur

sup telur

Kredit foto: Puan Julieta Shakirah & Juma Natull (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • Bawang merah (2 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Halia (1 inci)
  • Batang sederi

Hiris nipis bahan-bahan di atas.

  

  • Telur (5 biji)
  • Suhun dan pucuk (sedikit)
  • Cendawan kering
  • Pati kiub ayam (1 ketul)
  • Daun sup
  • Garam dan sedikit gula
  • Ubi kentang (2 biji) - dipotong ikut suka

 

Cara membuat:

1. Tumis semua bahan yang dihiris nipis (rujuk di atas) sehingga wangi dan kekuningan.

2. Masukkan air mengikut kuantiti kuah yang dimahukan.

3. Kemudian, masukkan ubi dan masak sehingga ubi empuk.

4. Setelah empuk, masukkan cendawan, cendawan kering rendam dengan air panas dahulu selama 15 minit. Perah baru masukkan dalam sup.

Nota: Pemilik resepi tidak letak suhun dan tahu kering yang direndam seketika kerana habis.

5. Kemudian, letak garam, sedikit gula, pati kiub ayam, pecah telor biar mendidih. Jangan kacau supaya telur tidak hancur.

6. Biar mendidih sebentar, kemudian tabur daun sup. Padam api dan siap.

 

Sumber:

1. Sha Ramson Abdullah [1, 2]

2. Puan Julieta Shakirah [1, 2]

3. Wikipedia Cendawan Tiram




Hakcipta iluminasi.com (2017)