Oleh pada 26 May 2019 kategori

Kuih belimbing merupakan sejenis kuih lama yang berasal dari Terengganu.

Ia turut dikenali sebagai kuih terembat.

Kuih belimbing dipanggil sedemikian kerana mempunyai rupa yang hampir sama seperti buah belimbing.

 

Kuih Belimbing Gula (Churros Bersama Coklat)

 

Bahan-bahan:  

  • Tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • Mentega (1 sudu besar)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Air (1 cawan)
  • Garam ( 1 sudu kecil)
  • Esen vanila (1/2 sudu kecil)
  • Telur (1 biji)
  • Nozzle muncung seperti bintang
  • Piping bag
  • Minyak - untuk menggoreng
  • Coklat Berlis Milk (250 gm)
  • Planta (2 sudu)
  • Susu cair (setengah tin)

 

Cara-caranya :  

1. Didihkan air dan masukkan garam, gula, mentega sampai mendidih. Kacau senati dan tutup 

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit atau dengan cara mengayak supaya tidak berketul-ketul. Selepas itu masukkan esen vanilladan telur.

3. Kacau-kacau sebati dan biarkan sejuk sedikit

4. Panaskan minyak dan masukkan adunan ke dalam piping beg dan goreng.

5. Masukkan coklat, planta, dan susu cair ke dalam puyuk dan masak menggunakan cara doubleboil atau masukkan ke dalam pengukus.

 

Resepi Bonus: Churros Mini 

churros mini

 

Bahan-bahan:  

  • Air (1 cawan)
  • Mentega (1 sudu besar) - unsalted
  • Tepung (1 1/4 cawan)
  • Telur (1 biji)

 

Cara-caranya:  

1. Didihkan 1 cawan air.

2. Masukkan 1 sudu besar unsalted mentega.

3. Setelah sebati, masukkan 1 1/4 cawan tepung (sekiranya kuantiti tepung banyak sangat, churros akan menjadi keras).

4. Kacaukan sebati

5. Akhir sekali masukkan sebiji telur dan gaul rata.

6. Kemudian, angkat doh. Uli kan lagi sampai sebati. Masukkan ke dalam acuan semperit.

7. Langkah di atas ni semua kena di buat cepat

8. Taburkan gula halus di atasnya

9. Goreng sekejap. Hasilnya nanti churros jadi rangup di luar dan lembut di bahagian dalam.

 

Nota:

✔ Kuih ini dipanggil kuih belimbing di Terengganu.

✔ Untuk hasil yang lebih lazat, boleh ditaburkan gula di atasnya.

✔ Pemilik resepi hanya menggunakan acuan semperit sahaja. 

 

Sumber:

1. Ummu Qaisara [12]

2. Ainul Syahida [12]

3. Secubit Garam (secubitgaramnor67.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)