Oleh pada 27 Oct 2019 kategori

Gula-gula kelapa (coconut candy) merupakan sebuah resepi yang puas dimakan bagi mereka yang menggemari makanan manis. Ia mempunyai tekstur yang cukup unik dan berkrim membuatkannya cukup digemari terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Malangnya, ia kini jarang sekali dijual. Disebabkan mempunyai rasa yang manis, ia tidak boleh dimakan dengan kerap.

Inti membuatnya iaitu kelapa parut mestilah yang berwarna putih. Jika boleh, buang kulit arinya supaya hasil akan lebih cantik apabila diwarnakan.

Coconut candy amat sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan ketika majlis hari jadi. Ia juga boleh dihasilkan dengan pelbagai warna mengikut tema majlis.

Gula-Gula Kelapa (Coconut Candy)

Bahan-bahan:

  • Kelapa parut (2 biji)
  • Susu pekat (1 tin)
  • Gula (1 cawan kecil)
  • Daun pandan (3 helai)
  • Pewarna merah jambu
  • Mentega (3 kiub)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan kelapa ke dalam kuali dan masak sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan pula susu pekat, gula, daun pandan dan sedikit garam.
  3. Terus gaul sehingga pekat dan masukkan pewarna merah jambu.
  4. Masukkan mentega dan gaul sehingga rata serta tidak melekat kepada kuali.
  5. Masukkan ke dalam dulang dan potong ke saiz kiub.
  6. Tunggu sehingga kering dan sedia untuk dimakan atau disimpan.

coconut candy 201

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Gaithri Cheran [1, 2, 3, 4]

2. Patyskitchen (patyskitchen.blogspot.com) [1, 2

3. Lily's Wai Sek Hong (lilyng2000.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)