Oleh pada 30 Dec 2018 kategori

Kuih lompang merupakan sejenis kuih tradisi yang terkenal di Malaysia. Ia lazimnya berbentuk cawan kecil dengan sedikit lubang atau lompang di bahagian tengah.

Pada kelazimannya, kuih lompang berwarna-warni. Kuih Lompang adalah sejenis kuih yang dikukus dan menyihatkan disebabkan tidak mempunyai minyak.

Kuih lompang diperbuat dari campuran ramuan tepung beras dan tepung ubi. Ia boleh didapati dengan warna coklat atau pelbagai warna yang lain.

Kuih lompang adalah sajian hidangan ringan yang dijamah dengan kelapa parut muda yang ditabur di atasnya.

Nama kuih ini diberikan kerana bentuknya yang memiliki lompang atau lekukan di bahagian tengah. Ia turut dipanggil sebagai kuih kaswi atau kuih kosui.

Bagaimanapun, asal-usulnya tidak pula diketahui.

Kuih lompang lazimnya dibuat untuk jualan harian. Kuih lompang lazimnya tidak tahan lama dan perlu disejukkan untuk disimpan lebih lama disebabkan ia disajikan dengan kelapa parut.

Kelapa harus diasingkan untuk disimpan. Pada kelazimannya, ia dibuat dengan pelbagai warna untuk menambahkan kemeriahan.

Kuih lompang sesuai untuk dijadikan sebagai menu petang disebabkan ia senang disajikan dan mempunyai rasa yang enak. Biarpun ia mempunyai kelapa yang barangkali merumitkan, ia senang dijaga supaya tidak bersepah.

Kuih Kaswi

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (2 cawan)
  • Tepung ubi (2 sudu besar)
  • Santan pekat (1 cawan)
  • Air (2 cawan)* 
  • Gula merah (2 cawan)*
  • Air kapur (2 sudu besar) - jangan terlalu jernih, ambil pekat sedikit  
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Daun pandan (3 helai)

Caranya:

1. Masak gula merah dalam 2 cawan air tadi. Masuk daun pandan.

Tips: Pemilik resepi meggunakan gula merah cap Bintang kerana tidak perlu tapis lagi dan tidak banyak sampah.  

2. Biarkan air gula merah sejuk.  

3. Campurkan dengan bahan-bahan yang lain. Kacau sebati.  

4. Sapu sedikit minyak dalam loyang.  

5. Panaskan pengukus dahulu. Setelah mendidih baru masukkan loyang dan kukus kuih selama 45 minit.

6. Selepas sejuk, barulah dipotong dan gaul dengan kelapa yang dicampur dengan secubit garam.

Tips: Jika banyak tepung ubi, kuih kaswi akan menjadi liat dan kurang digemari oleh pemilik resepi. Beliau mencipta sendiri resepi ini menggunakan tepung beras dengan santan. Tepung ubi diletak sedikit sahaja. Hasilnya sungguh sedap.

Kaswi Pandan

kaswi pandan

Kredit foto: Ismariyam Ali‎ & Wan Nafiza Megat Hassan (Gambar pertama bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (3 cawan)
  • Tepung ubi (2 cawan)
  • Tepung jagung (1 sudu besar)
  • Gula (2 cawan) - boleh kurangkan jika mahu
  • Air pandan (5 atau 6 cawan air) - kisar daun pandan kira-kira 10 helai, pemilik resepi tidak campur pewarna guna air pandan sepenuhnya

Tips: 5 atau 6 cawan air pandan sedang-sedang elok untuk kejadian kaswi yang "goyang-goyang".

  • Kapur (secubit)

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan-bahan bersama air pandan (tidak cmpur air lain) sehingga halus.

2. Kemudian, tapiskan.

3. Sapukan minyak dalam loyang.

4. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar dan ditapis.

5. Kukus selama lebih kurang 25 atau 30 minit.

Nota: Panaskan pengukus dahulu sebelum dikukus.

Sumber:

1. Zaimah Zakaria [1, 2]

2. Wan Nafiza Megat Hassan [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Lompang




Hakcipta iluminasi.com (2017)