puding tiramisu kastard

Bahan-bahan:

  • 1 tin atau 3/4 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 5 tin air (sukat guna tin susu)
  • 12 sudu besar tepung kastard (sukatan membukit)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • secubit garam
  • 1 paket biskut marie
  • milo secukupnya

Cara membuat:

  1. Satukan susu pekat, susu cair, air, garam, tepung kastard dan esen vanila . Sebatikan sehingga larut. 
  2. Masak sehingga pekat atau likat. Kemudian, tutup api.
  3. Tuang atau lapis adunan.
  4. Layer pertama adunan kastard, layer kedua letak biskut marie dan taburkan Milo. 
  5. Ulang langkah tersebut sehingga adunan habis (mengikut jumlah layer yang dimahukan).
  6. Akhir sekali, taburkan milo atau biskut yang ditumbuk.
  7. Sejukkan.

Tips:

1. Sedap dimakan ketika sejuk.

2. Untuk potluck atau dijual, boleh guna bekas plastik yang kecik untuk buat dadih.

Untuk resepi lain, boleh ikuti Facebook Raja Amanina

Sumber: Raja Amanina


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)