puding milo oreo

Bahan-bahan:

  • 1 paket agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 3/4 cawan Milo
  • 1 bungkus oreo (patah-patahkan dan biarkan dengan krim)

Cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar sehingga larut.
  2. Masukkan gula dan masak sehingga gula hancur.
  3. Tambahkan susu cair dan kacau sehingga mendidih.
  4. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan dengan milo.
  5. Kacau adunan sehingga sebati.
  6. Ambil 1 cawan adunan agar-agar milo dan tuangkan ke dalam acuan.
  7. Baki adunan milo dipanaskan dengan api kecil supaya tidak mengeras.
  8. Tunggu sehingga adunan milo dalam loyang keras sedikit (tapi masih suam), cucuk atau toreh adunan milo dengan garfu supaya adunan seterusnya melekat.
  9. Tuangkan adunan putih dengan berhati-hati (susu).
  10. Tuang pada bahagian tepi kerana bahagian tengah masih lembut. Tuang dengan sudu sedikit demi sedikit.
  11. Susun oreo yang telah dipatahkan.
  12. Biarkan lapisan putih mengeras sedikit. Lakukan proses yang sama, toreh permukaan dengan garfu.
  13. Akhir sekali, tuangkan baki lapisan milo.
  14. Biarkan sejuk dalam peti ais.
  15. Potong dan hidangkan.

Sumber: Noriha Zakaria


tags : , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)