Oleh pada 30 Nov 2018 kategori

Puding Jagung merupakan sejenis puding yang bahan utamanya ialah jagung. Ia mudah dihasilkan dan sedap rasanya. Biasanya ia dihasilkan di dalam talam rata sebelum dipotong pada bentuk segi empat pada saiz yang mudah dimakan.

Pada asasnya ia merupakan adunan susu dan tepung kastad sebagai pemegang (matrix) dan jagung sebagi perisa. Gula dicampurkan bagi menambah rasa manis. Oleh kerana ia tidak mempunyai bahan tambahan lain, ia adalah menyihatkan untuk di makan.

Puding jagung boleh dianggap mengenyangkan kerana ia adalah padat dan jagung yang terdapat dalamnya membekalkannya dengan kandungan serat yang tinggi.

Puding jagung boleh disimpan lama selama beberapa hari di dalam peti sejuk. Puding jagung biasanya di makan sebagai hidangan petang bersama minuman teh.

Puding Jagung Cincau

Bahan-bahan: 

  • 12 gram agar-agar tali
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung krim
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar bes berperisa jagung
  • Sedikit cincau
  • Sedikit gula batu (kalau tidak letak pun boleh)
  • Secubit garam

puding jagung cincau 3

Cara menyediakannya:

1. Blender jagung krim dengan 1/2 cwn air. Ketepikan.

2. Potong cincau kecil-kecil. Ketepikan.

3. Bersihkan agar-agar tali. Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga semua agar-agar larut.

4. Masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau hingga gula pasir dan gula batu larut.

5. Masukkan susu cair, susu pekat, bes perisa jagung, jagung krim yang telah diblender dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.

6. Basahkan loyang/acuan. Masukkan sedikit cincau yang telah dipotong kecil tadi. Baki cincau simpan dahulu. Tuang semua agar-agar ke dalam loyang/acuan tadi.

7. Agak-agak dalam 10-15 minit, letak lagi sedikit cincau. Tekan-tekan sedikit cincau ke dalam agar-agar. Agak-agak 10-15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar-agar sehingga habis. Tekan-tekan sedikit supaya cincau tenggelam ke dalam agar-agar. Sejukkan.

8. Apabila puding telah sejuk, simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.

9. Keluarkan loyang/acuan tadi dari peti sejuk. Cuba-cuba keluarkan puding dari loyang/acuan.

10. Potong ikut suka. Sedia untuk dihidangkan.

Catatan :

  • Sukatan bahan-bahan bergantung kepada selera atau citarasa masing-masing.
  • Kalau tidak suka jagung, boleh tukar kepada sirap. Maka akan terjadi Puding Bandung Cincau.
  • Fungsi gula batu ialah untuk puding kelihatan berkilat dan tidak berair.

Sumber:

1. Hamidah HA [1, 2]

2. Wikipedia Puding Jagung




Hakcipta iluminasi.com (2017)