Oleh pada 31 Mar 2019 kategori

Koktel buah atau koktil merupakan hidangan yang dibuat dari potongan buah dan sirap dan dihidangkan sejuk. Meskipun namanya mirip dengan minuman beralkohol yang dipanggil "koktel", koktel buah langsung tidak dicampur atau mengandungi alkohol. 

Selain koktel buah dalam tin, koktel boleh dibuat sendiri dari buah segar yang dipotong dan dicampur air gula. Selain air gula, koktel buah kadangkala dihasilkan dengan tambahan susu pekat manis, santan atau minuman berkarbonat seperti Sprite.

Koktel buah juga boleh digunakan untuk membuat puding, pai dan campuran minuman ais yang lain.

Menurut Indonesia National Standard untuk buah-buahan dalam tin, koktel buah dalam tin dibuat dari campuran tiga jenis buah atau lebih. Koktel buah dalam tin dibahagikan kepada koktel buah subtropika (pic, pear, nanas, anggur dan ceri); dan koktel buah tropika (betik atau nanas).

 

Puding Koktel

 

Kuah (Bahan A):

  • Susu cair (1 tin)
  • Susu segar (2 cawan) - pemilik resepi guna jenama Dutch Lady
  • Tepung kastard (1 1/2 sudu besar)
  • Garam (secubit)
  • Gula (6 besar sudu) - jika mahu manis, boleh ditambah lebih

 

Cara-cara membuat:

1. Masukkan susu cair dan susu segar dalam periuk. Masakkan atas dapur.

2. Masukkan gula, garam dan tepung kastard.

Tips: Bancuhkan dahulu tepung kastard dengan adunan susu tadi dalam cawan supaya tidak berketul. Selepas bancuh, terus masukkan dalam susu tadi.

3. Kacau semua sehingga menjadi pekat.

Tips: Perlu sentiasa mengacau kuah ini dan menggunakan api perlahan untuk mengelakkan hangit.

4. Apabila kuah kelihatan sudah pekat, boleh tutup api.

 

Puding (Bahan B):

  • Tepung kastart (1 cawan)
  • Air (5 cawan)

 

➡ Nisbah 1:5, tidak kisah mahu sukat menggunakan cawan, mug atau mangkuk.

 

Cara-cara membuat:

1. Masukkan bahan-bahan dalam periuk. Kacau puding atas api sehingga menjadi pekat. Selepas agak-agak telah mengelegak lama, boleh tutup api.

2. Setelah sejuk, boleh masukkan dalam bekas. Sejukkan dalam peti ais. Setelah sejuk, boleh potong dadu puding ini kecil-kecil sebesar nata de coco.

 

Bahan-bahan campuran untuk dimasukkan ke dalam kuah (Bahan C):

  • Buahan campuran dalam tin - diambil sedikit air untuk dicampurkan ke dalam kuah.

Tips: Jangan terlalu banyak, sekadar kuah tersebut nanti rasanya masam-masam manis.

  • Kacang merah kidney dalam tin - ditapiskan dahulu untuk buang air dan diambil kacangnya sahaja
  • Nata de coco (sari kelapa) - diambil isinya sahaja dan air tidak diambil

Tips: Letak pelbagai warna dan perisa supaya kelihatan cantik dan berwarna-warni.

  • Buah plum - dihiris kecil-kecil

Tips: Pemilik menggunakan Sunsweet untuk rasa masam-masam manis.

  • Kacang goreng

 

Nota:

✔ Bahan-bahan di atas selalu dimasukkan oleh pemilik resepi untuk dijadikan puding koktel.

✔ Namun, anda semua boleh menggunakan apa sahaja bahan yang anda rasakan lazat untuk dimasukkan ke dalam kuah tersebut nanti.

✔ Contohnya, anda boleh masukkan buah segar seperti tembikai susu dan nenas yang dipotong dadu. Agar-agar dan sumi juga boleh dimasukkan.

 

Setelah ada semua bahan (Bahan A, Bahan B dan Bahan C), boleh satukan ke dalam sebuah bekas. Untuk dimakan sejuk, masukkan dalam peti ais.

 

Cara untuk campurkan:

1. Mula-mula letak sedikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak bahan-bahan, nanti kemarau kuah pula.

2. Agak kuah banyak lagi, tambahlah bahan-bahan lagi. Contohnya, letak nata de coco, puding dan lain-lain sedikit demi sedikit dahulu.

3. Masukkan kuah. Agak kuah kelihatan banyak lagi, tambah sedikit lagi bahan-bahannya dan seterusnya.

puding koktel 1

 

Nota:

✔ Puding koktel enak jika dimakan ketika musim panas.

✔ Ia boleh disejukkan semalaman dalam peti ais. Jika tidak sampai semalaman pun tidak mengapa, yang penting sudah sejuk.

 

Sumber:

1. Hasanah Aziz Ctyus [1, 2]

2. Wikipedia Koktail Buah




Hakcipta iluminasi.com (2017)