Oleh pada 07 Apr 2019 kategori

Puding karamel merupakan pencuci mulut yang sedap dinikmati ketika ia sejuk.

Oleh itu, sejukkan selama beberapa jam di dalam peti ais sebelum dimakan.

Puding ini turut boleh dikukus atau dibakar secara rendaman air (water-bath atau bain-marie).

 

Puding Karamel Mini

 

Nota: Resepi ini untuk hidangan 20+ cawan (cup).

 

Bahan kisar/kacau:

  • Telur (6 biji)
  • Tepung kastard (1 sudu)
  • Esen vanila (1 sudu teh)
  • Susu cair (1 tin)
  • Susu pekat (1/3 tin) - jika mahu manis, boleh ditambah
  • Air (1 tin) - sukatan tin susu
  • Gula hangus
  • Gula putih (20 sudu)
  • Air (3/4 cawan)

 

Cara penyediaan:

1. Cairkan gula sehingga hangus. Lebih gelap, lebih cantik. Namun, jangan lama nanti pahit. Api kecil-kecil.

2. Setelah bertukar warna, masukkan air. Kemudian, letakkan pada setiap bekas tadi .

3. Satukan semua bahan basah. Terpulang untuk sama ada kacau dalam periuk atau kisar.

Tips: Jika kisar, jangan lama nanti terlalu berbuih.

4. Selepas itu, tuangkan dalam bekas yang dah diisi gula hangus tadi. Kukus selama 20 minit.

5. Sejukkan dalam peti ais dan sedia untuk dihidang.

   

Arahan tambahan:

 

✔ Tuang gula hangus dalam 1 1/2 sudu untuk setiap bekas. Jika suka manis, boleh tambahkan sukatan.

➡ Kemudian, sejukkan sebentar dan letak tepi. Suhu bilik pun boleh.

Tips: Lapik bekas dalam dulang berisi air atau ais ketul supaya tidak berlubang apabila isi air gula panas.

 

✔ Tuang bahan kacau atau kisar tadi dengan kemas.

➡ Pemilik resepi tutup dahulu kerana mahu kukus nanti 'take turn'. Ini bagi mengelakkan masuk serangga atau apa-apa yang tidak diingini.

 

✔ Setelah air kukus menggelegak, susun elok-elok. Oleh kerana saiz puding pemilik resepi kecil, beliau menggunakan periuk nasi sahaja kerana ketiadaan pengukus.

➡ Pemilik resepi kukus dalam 15-20 minit sahaja. Kemudian, sejukkan dalam peti ais.  

Tips: Untuk jaga air kukus dari menitis, ikat penutup periuk dengan kain tuala.

   

puding karamel mini 1

 

Nota: Hidangan ini amat sesuai untuk golongan kanak-kanak. Saiz mini sebegini mudah untuk dimakan kerana mereka tidak perlu berebut. Maka, ia tidak cepat basi akibat diusik-usik dan juga tidak hanyir.

 

Sumber:

1. نور شفيقه محمد روسلي

[1, 2]

2. Resipi Noraini (resipinoraini.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)