Oleh pada 24 Jan 2023 kategori

Puding roti karamel merupakan sebuah hidangan pencuci mulut yang mudah untuk disiapkan. Sebagai cadangan, anda boleh menggantikan roti dengan biskut untuk kelainan rasa.

Untuk puding karamel tanpa telur, ia sesuai untuk mereka yang alergik telur atau tidak suka rasa hanyir telur dalam puding. Bahan-bahan yang digunakan juga murah.

Puding Roti Karamel 

Bahan-bahan:

  • Gula (3 sudu besar)
  • Susu pekat (1 cawan)
  • Susu cair (1 tin)
  • Roti (4 keping) - pemilik resepi menggunakan jenama Gardenia
  • Telur (3 bji)
  • Esen vanila (1 sudu)

Cara-cara membuat:

puding roti karamel 1

  1. Masukkan gula dalam loyang bersaiz 6 inci. Masak atas dapur menggunakan api perlahan sehingga cair dan menjadi perang seperti gambar kedua.
  2. Ratakan gula karamel tadi dengan cara menyengetkan loyang ke kiri dan kanan. Biar ia sejuk dan beku.
  3. Kisar halus susu pekat, susu cair, roti, telur dan esen vanila.
  4. Masukkan bahan kisar tadi di atas gula karamel yang sudah beku dan kukus selama 30 minit. Gunakan api sederhana dan jangan terlalu kuat.

Resepi Bonus: Puding Karamel Tanpa Telur

puding karamel tanpa telur 1

Bahan-bahan:

Gula karamel:

  • Gula (5 sudu besar)

Puding:

  • Agar-agar (1 paket) - 10g
  • Susu cair (1 tin)
  • Susu pekat (1/2 cawan)
  • Air (4 mug)
  • Stevia (2-3 titis) - resepi asal guna 3/4 cawan gula
  • Tepung kastard (3 sudu besar)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)

Cara-cara penyediaan:

Gula karamel:

  1. Panaskan gula dalam loyang atas api perlahan hingga gula jadi keperangan.
  2. Goyangkan loyang supaya gula karamel tadi sekata di sekeliling loyang. Ketepikan. Pemilik resepi guna loyang saiz 8 inci.

Puding:

  1. Satukan semua bahan untuk puding dalam periuk.
  2. Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana guna pemukul atau senduk. Jangan biarkan adunan berketul.
  3. Kacau hingga adunan mendidih dan sedikit pekat.
  4. Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  5. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti ais selama 3-4 jam sebelum dimakan.

Tips:

  • Semasa masak bahan puding, guna periuk yang tebal dan kacau selalu atas api perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagian bawah dan tidak berketul.
  • Kalau tidak mahu letak gula langsung untuk bancuhan puding juga boleh sebab karamel tersebut sudah cukup manis. Pemilik resepi guna stevia jenama Eat Slim sebagai pengganti gula.

puding karamel tanpa telur 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

Rohaya Hassan [1, 2]

Marina Ismail [1, 2]

Sumber informasi:

Nurul Aziela [1, 2]

Ailah Kassim [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)